berita

KKM Senarai 26 Buah Hospital Kendali Kes Koronavirus Di Seluruh Negara

January 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Wabak koronavirus kini bukan sahaja terjadi di negara China, malahan Malaysia merupakan salah satu negara yang dilaporkan mempunyai kes tersebut. Setakat ini sebanyak 7 kes telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebanyak 26 buah hospital turut disenaraikan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih.

Senarai hospital rujukan

Antara 26 buah hospital yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih mengenai wabak koronavirus ialah Hospital Tengku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Langkawi, Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tunku Ja’afar, Hospital Melaka, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Hospital Sultan Ismail Petra, Hospital Tumpat, Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Tawau, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Hospital Lahad Datu, Hospital Keningau, Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Bintulu, Hospital Sibu dan Hospital Labuan.

Statistik terkini

Berdasarkan statistik KKM yang terbaru, bilangan kes yang dilaporkan paling tinggi ialah di China iaitu 5974 ribu orang manakala Nepal, Jerman, Sri Lanka dan Kemboja mencatatkan satu kes sahaja. Manakala bilangan kematian setakat ini hanya berlaku di China iaitu seramai 132 mangsa.

Di samping itu, KKM turut menasihatkan masyarakat Malaysia mengenai langkah untuk mencegah dari dijangkiti virus tersebut. Antaranya, kerap mencuci tangan, elakkan bersentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang, elakkan mengambil atau memakan produk haiwan mentah, menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk serta elakkan bersentuhan dengan individu yang mempunyai simpton wabak berkenaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×