berita

Klangit Kesal Digelar Band Indonesia

October 22nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kelunakkan suara vokalis Klangit Band ini, pasti menghantui setiap pendengar apabila setiap bait-bait lirik lagunya dinyanyikan dengan penuh perasaan. Menaruh tinggi pada muzik genre pop rock, Klangit Band tampil dengan lagu-lagu menarik antaranya “Sesal Mendua”, “Dia Lydia” dan yang terbaru “Dewi”.

Namun, setiap kali nama Klangit Band ini disebut, pasti ramai beranggapan bahawa Band ini berasal daripada Indonesia. Mana tak, suara yang dilontarkan oleh vokalis kumpulan ini seakan-akan daripada penyanyi Indonesia. Malah, personaliti yang ditonjolkan mengelirukan peminat-peminat mereka.

“Mungkin imej yang ditampilkan, suara vokalis kumpulan kami, dan lagu ciptaan yang menyebabkan para pendegar beranggapan kami merupakan band Indonesia. Kami nak tegaskan kami dari Malaysia dan warganegara Malaysia. Hanya komposer lagu kami daripada Indonesia ”

Mereka turut menegaskan bahawa imej yang ditampilkan adalah trademark Klangit Band iaitu dengan berpakaian kemeja plain yang berwarna, seluar skinny, dan kasut doctor martens.

Bercerita mengenai anggota kumpulannya, Klangit Band ini terdiri daripada 3 orang dimana Ary vokalis Klangit Band, Haris pemain gitar dan Ewan pemain Bass sekaligus merupakan individu yang menubuhkan Klangit Band ini.

“Dulu kami ada drummer, tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menetapkan untuk tampil bertiga dalam Klangit Band ini”, ujar Ewan ketika ditemubual.

Walaubagaimanapun, lagu dan ciptaan liriknya usah dipandang enteng. Ini kerana, setiap lagu yang dinyanyikan mempunyai penceritaan tersendiri. Kalau tak, tak kan pendengar sampai tersentuh hati mendengar lagu mereka kan?

Setelah kejayaan lagu “Sesal Mendua”, kini mereka tampil dengan lagu “Dia Lydia” dan “Dewi” dimana lagu tersebut juga merupakan lagu taruhan mereka untuk mendapat sambutan seperti lagu hangat “Sesal Mendua”. Malah, video klip “Dia Lydia” juga bakal ditayangkan awal bulan November ini nanti. Nantikannya..

SKIP THIS AD ×