berita

Klook Buat Sale Tiket Murah Untuk Korang Yang Tengah Plan Ke Jepun, Ni Senarai Yang Ada

December 2nd, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Aku dah pernah pergi Jepun. Best wei. Nak repeat!

Jepun antara lokasi pilihan ramai untuk travel. Negara matahari terbit ni terkenal dengan view  yang cantik tak kiralah musim apa pun. Lebih-lebih lagi, ketika musim bunga di mana korang berpeluang tengok bunga sakura dengan pelbagai warna di beberapa tempat. Memang superb!

Selalu dengar member cerita itinerari diorang ke Jepun. Ada yang cerita pengalaman main ski, berkunjung ke Universal Studios Japan, mendaki Gunung Fuji dan lain-lain lagilah. Tapi, kat mana nak beli tiket masuk ke tempat-tempat ni dengan harga yang murah?

Lagi murah kalau beli dengan Klook!

Kami pun baru tahu pasal ni. Sebab tu nak bagitahu korang ni. Kalau nak beli tiket masuk yang murah-murah, baik beli kat Klook je. Serius berbaloi!

Klook tawarkan lebih daripada 100,000 aktiviti di 350 destinasi. Senang cerita, macam-macam tiket untuk tarikan, tours & sightseeing, pengangkutan, WiFi dan banyak lagi yang korang boleh dapat kat Klook. Lagi best, tak payah beratur panjang untuk beli tiket beberapa tarikan. Scan kat pintu masuk je! Takpun, save tiket kat smartphone pun boleh dan tunjuk masa nak masuk.

Kredit : klook.com

Alang-alang cerita pasal Jepun, kat sini kami senaraikan tiket yang patut korang dapatkan di Klook kalau nak ke Jepun. Berbaloi betul!

1. Pas masuk teamLab Borderless di Tokyo

Kredit: klook.com

Kalau korang plan ke Jepun dalam masa terdekat, wajib tambah Mori Building Digital Art Museum: EPSON teamLab Borderless dalam itenarari . Korang akan rasa rugi kalau tak singgah sebab ini ialah muzium seni digital pertama di dunia! Kalau beli tiket kat Klook, dah tak payah beratur untuk beli tiket, korang boleh guna e-tiket kat pintu masuk terus. Syoknya!

Bila masuk dalam muzium ni, korang akan terpesona dengan keindahan seni digital di dalam muzium ni. Peminat seni interaktif confirm enjoy kat sini untuk ambil gambar. Sangat kreatif dan cantik.

Kredit: klook.com

Pastikan korang bajet masa lebih kurang tiga jam sebab muzium ni besar. Girls, jangan pakai high heels pulak. Sakit kaki nanti. Nah review daripada orang yang pernah beli pas masuk teamLab Borderless di Tokyo daripada Klook.

“If you are a fan of lights and interactive art, you will enjoy this as much as we did! With klook, it was easy to get e-tickets. Just show the qr code from the voucher upon entry. No need to exchange for physical ticket.”

– Ada Elisha –

“One of the highlights of my Tokyo trip. The museum was soooo amazing! You guys cannot miss this activity. And thanks to Klook, I was able to skip the queue for tickets. Do not miss the crystal world and floating lanterns!!”

– Almairah –

2. Tour ke Gunung Fuji & Hakone: Lake Ashi & Ropeway dari Tokyo

Kredit: klook.com

Sesetengah orang lebih prefer untuk sertai on ground tour, korang boleh sertai tour ke Gunung Fuji dan Hakone. Sayang tau kalau pergi Jepun tapi tak pergi tengok Gunung Fuji yang memang sinonim dengan Jepun.

Kredit: Katrina

Dalam tour ni, korang akan berjalan di pergunungan Hakone dan menaiki cruise di Lake Ashi. Sambil-sambil naik kereta kabel, korang dapat nikmati view Gunung Fuji yang cantik. Paling best, tiket yang ditawarkan oleh Klook untuk tour ni ada pilihan untuk makanan halal. Tak payah la korang risau nak makan apa nanti.

Ni review daripada orang yang pernah gunakan tour ke Gunung Fuji & Hakone: Lake Ashi & Ropeway dari Tokyo di Klook. Rata-rata ramai puas hati dengan tour guide diorang!

“The tour was well organized. Our tour guide is excellent. He made sure that everyone can go back to their hotels properly. Hiro is the best!”

– Fatima –

“Marie is a lovely and helpful guide. Tour was good although a bit too rush. Did not manage to see mount fuji in its full glory as the weather too foggy. Only got a glimpse of it for a moment.”

– Nur Ashika –

3. Japan Rail Pass untuk 7 hari

Kredit: klook.com

Japan Rail Pass ni bukan pas biasa-biasa. Dengan singkatan JR Pass, pas istimewa ni memudahkan korang untuk naik mana-mana kenderaan awam di bawah syarikat Japan Rail (JR) seperti kereta api, bas, Shinkansen (bullet train) dan lain-lain. Semua boleh pakai dalam satu pas je!

Rangkaian kereta api dan bas di bawah syarikat JR sangat luas. Satu Jepun ada! So, korang berpeluang ke Tokyo, Osaka, Hiroshima, Kyoto, dan lain-lain dengan JR Pass dalam masa 7 hari. Tak payah nak naik baru nak beli tiket. Guna pas ni lebih berbaloi.

Kredit: klook.com

Kalau tak faham, tanya je staf kat stesen. Diorang boleh speaking English dengan baik. Kat bawah ni review daripada orang yang pernah beli Japan Rail Pass untuk 7 hari kat Klook. Nampaknya, semua selesa gunakan pas ni kat Jepun! Bukan tu je, ada jugak pilihan JR Pass  untuk 14 hari dan 21 hari serta pelbagai jenis JR Pass untuk kawasan berbeza seperti JR West Pass tau.

“Very efficient tools for heavy travellers as it’s save time from top up of cards and accessible for JR trains. Do study the route prior to buying it”

– Muhammad Faiz –

“Worth every penny since we used the pass all 7 days the whole time in Osaka and some parts in Tokyo. We also used it to board the bullet train from Osaka to Tokyo and from the airports to our hotel (Kansai & Narita). Just had to flash the pass to the JR train staffs and they let us pass into the station.”

– Zulaikha Farhana –

4. E-tiket 1 Hari Universal Studios Japan™

Kredit: neverendingvoyage.com

Siapa yang tak tahu Universal Studios. Ianya merupakan taman tema terbesar di Osaka. Paling menarik, ia adalah Taman Tema Universal pertama di Asia tau!

Universal Studios Japan dipecahkan kepada 9 zon. Masing-masing bertemakan filem Hollywood dan Universal Studios yang paling popular. Korang boleh pergi ke zon-zon seperti The Wizarding World of Harry Potter, Jurassic Park, Minion Park dan banyak lagi di ada kat sana.

Dengan e-tiket yang ditawarkan oleh Klook, korang hanya perlu scan kat pintu masuk dan luangkan masa sepanjang hari di Universal Studios Japan! Tak payah beratur lama untuk beli tiket. Korang juga boleh dapatkan makanan halal di Red Lobster Universal City Osaka.

Lagi satu, korang memang patut beli tiket ke Universal Studios Japan sebab mereka ada aktiviti menarik sempena hujung tahun. Korang boleh dapatkan tiket untuk Universal Crystal Christmas 2019 bermula 14 November 2019 ni. Kalau nak rasa pengalaman krismas di Jepun, boleh la try!

Bukan tu je! Ada tiket Universal Countdown Party 2020 untuk korang sambut tahun baru di Universal Studios Japan! Acara ni hanya dibuat pada malam 31 Disember 2019. Selain korang boleh enjoy ride kat situ dengan maksimum 26 jam, korang jugak boleh tengok lebih 3,500 bunga api berwarna-warni yang sangat gah!

Tengok review orang yang penah pegi ke Universal Studios Japan dengan tiket ni kat bawah. Tak sabar pulak nak try sendiri.

“This ticket is easier to buy. I also had a chance by getting free 1 ticket at Klook fair. You dont have to line up at USJ to buy the ticket, just go through the entrance and scan the QR code. Thank you Klook for this excitement ??”

– Sharifah Athirah –

“Bought tickets from Klook, very convenient cos i dont have to print the ticket, just show electronic pass from the klook app. Come as early as you can, check opening time night before the day you come, mine was 8.30, but we came at 7.30, but they open early around 8.10, you have more time to spend.”

– Sharif Azmi –

 

5. Pakej 4 Pas Ekspres atau 7 Pas Ekspres  Universal Studios Japan

Kredit: neverendingvoyage.com

Memang ramai pengunjung dalam Universal Studios Japan. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu dan cuti persekolahan Jepun. Baik korang pergi pada hari biasa. Tapi, nak beratur untuk naik ride dalam tu, panjangnya tak boleh brain!

So, kami rekomen korang untuk beli sekali 4 Pas Ekspres atau 7 Pas Ekspres Universal Studios Japan di Klook. Tengok la korang nak pakej yang mana. Kaki pun tak penat menunggu.

Pas ni sesuai untuk korang yang pergi dengan keluarga atau rakan-rakan. Boleh la tengok review orang yang pernah guna kat bawah ni. Paling penting, jimat masa. Ragi kalau tak dapat naik semua ride. Bukan senang nak pergi Jepun wei!

“dont waste ur time to Q ! haha just bought this express pass okayh? its so worth it as USJ games was very interactive ! i love the dragon coaster ! so amazing but if u not but this ticket u turn to play might-be 60-120min!”

– Shahidatul Amiera –

“I went there on a weekend, but I would say it was still bearable thanks to this pass! But do think carefully about choosing which rides you want to get express to, and bear in mind that this only works once and they kind of strict on the timing of your express pass to respective rides. But overall I was satisfied and would recommended this!”

– Musfirah –

6. Gabungan JR West + lain-lain lagi

Kredit: klook.com

Klook tengah buat sale pakej tiket untuk korang yang nak travel sepuas-puasnya di West Japan. Kalau korang nak tahu, West Japan adalah bahagian barat Jepun dan bandar yang terkenal di situ adalah Hiroshima, Kyoto, Osaka dan lain-lain. Harga yang ditawarkan pulak lebih berbaloi dan murah. Memang saja Klook ni kan!

Pakej tiket ni termasuk la tiket-tiket masuk seperti Universal Studios Japan, HARUKAS 300 dan lain-lain. Ada jugak aktiviti-aktiviti menarik di bandar-bandar seperti Kyoto dan Hiroshima. Aduh, tak boleh tahan dibuatnya! Kalau bagitahu member ni, confirm suruh book punya.

Lagi menarik, ada diskaun eksklusif untuk pakej-pakej ini. Baik korang rebut sekarang sebelum sold out. Nanti craving nak ke Jepun, susah pulak. Jangan lupa share kat family atau member korang pasal benda ni tau. Betul la orang kata, kalau nak beli tiket yang murah-murah dengan senang, beli kat Klook je. Senang dan murah!

Nak tahu satu lagi benda menarik? Klook juga ada Year End Sale! Korang jangan lupa check  untuk tengok tawaran terbaik di Jepun dan destinasi lain tau. Boleh ke laman web Klook atau muat turun aplikasi di Google Play atau App Store untuk tempahan!

Jangan lupa ikuti perkembangan Klook di Facebook Page Klook okay!

Jom pergi Jepun guys. Sayounara!

SKIP THIS AD ×