
Kumpulan idola tempatan yang semakin mencuri perhatian, KLP48, bakal menyambut ulang tahun pertama penubuhannya dengan sebuah konsert istimewa ‘BLOOM’ pada Sabtu, 16 Ogos 2025, di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert BLOOM

Ditubuhkan pada tahun 2024, KLP48 merupakan sebahagian daripada rangkaian global AKB48 dari Jepun, yang terkenal dengan konsep “idola yang anda boleh temui”. Kini, KLP48 meneruskan legasi tersebut dengan keunikan tersendiri melalui gabungan budaya dan bahasa.
Kumpulan ini dianggotai oleh 13 ahli iaitu tujuh dari Malaysia, empat dari Jepun, seorang dari Indonesia dan Hong Kong. Turut menyertai KLP48 ialah tiga ahli pemindahan dari AKB48 dan seorang dari STU48, sekali gus membawa pengalaman pentas antarabangsa kepada kumpulan muda ini.
Konsert ‘BLOOM’ bakal dimeriahkan dengan kemunculan tiga artis jemputan iaitu kumpulan COËX, Ismail Izzani dan kumpulan JKT48 (kumpulan idola dari Indonesia dan adik kepada AKB48).
Tiket akan mula dijual pada Khamis, 3 Julai 2025, jam 12 tengah hari di laman web www.excitix.com.my. Setiap transaksi dihadkan kepada 2 tiket, dengan harga berikut (tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4).
CAT 3 – RM350 (Termasuk bendera KLP48 & sesi send-off semua artis), CAT 1 – RM200 (Termasuk bendera KLP48 & sesi send-off) dan CAT 2 – RM100 (Termasuk bendera KLP48 sahaja)
Untuk perkembangan terkini, ikuti @klp48_official di TikTok, serta @KLP48official di Instagram dan Facebook, atau layari www.klp48.my.








