Penyanyi nasyid terkenal dari kumpulan Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan pernah menjadi fenomena di Malaysia selepas lagu kerohanian dan selawat kumpulan tersebut menjadi ikutan ramai. Rata-ratanya memuji kelunakan suara vokalis itu yang mampu mencairkan hati siapa yang mendengar.
Terbaru, Nissa menjadi bualan hangat netizen di Indonesia apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pemain keyboard kumpulannya, Ayus. Betul ke?
Sudah bertahun isteri tutup aib suami
Dia selingkuh sama vokalnya, Nissa Sabyan. Udah bertahun-tahun isterinya tutup rapat aib suami tapi mereka berdua ngak mahu berpisah. Isterinya sudah tuntut cerai.
Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagram @mak_nyinyir iaitu satu Instagram yang sering berkongsi gosip artis Indonesia terkini. Dalam posting tersebut, seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai sepupu kepada isteri Ayus tampil memberitahu bahawa Nissa sudah lama bercinta dengan Ayus sehingga isterinya meminta cerai. Malah, isteri Ayus iaitu Ririe Fairus pernah memuat naik foto berserta kapsyen seolah-oleh memberi ‘hint’ mengenai kecurangan suaminya.
Tuntut penceraian
Ngak ada yang mahu berada di posisi ini tapi yakin Allah nga pernah tidur, dan semoga diberi ketabahan dan kekuatan.
Menerusi portal Kompas, Ririe turut dilihat hadir ke pejabat agama dan perkara ini disahkan sendiri oleh wakil dari Pejabat Agama Jakarta Utara iaitu Agus Abdulla yang menguruskan kes penceraian ini yang diadakan semalam 17 Februari 2021.
Memang benar, tuntutan perceraian antara Eri Fitriyah dan Ahmad Fairuz memang sudah ke Pengadilan Agama Jakarta Utara.
Ririe Fairuz dan Ayus Sabyan berkahwin pada 13 Oktober 2012 dan dikurniakan dua orang anak. Hubungan antara mereka dikatakan berantakan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga yang dipercayai Nissa Sabyan sehinggakan vokalis tersebut diserang diruangan komen di Instagram miliknya dengan pelbagai cacian dan makian.
Sumber : Liputan6