berita

Kolaborasi Dengan BoBoiBoy, OLDTOWN White Coffee Lancar Set Menu Baru Serendah RM7.90*

July 3rd, 2019 | by Epul
Shout Out!

“Nak makan apa dan kat mana” adalah soalan paling sukar untuk dijawab setakat ini, lagi-lagi bila makan dengan kawan beramai-ramai. Mana taknya, semua fikir bab duit! Yelah, nak makan sedap tapi mahal. Makan tempat murah pulak makanan tak berapa banyak…

Tapi, ada satu tempat admin nak suggest dan korang patut cuba sebab diorang ada baaanyak pilihan makanan untuk dicuba. Malah, baru-baru ni diorang ada lancarkan set menu baru untuk breakfast, minum petang dan supper. Wow, makin banyaklah menu lepas ni! Kat mana tu?

OLDTOWN White Coffee lancar baru untuk MyBreakfast, MyTea & MySupper

Buat korang yang belum tahu, kedai kopitiam paling popular sejak 10 tahun dulu di kalangan rakyat Malaysia dan mempunyai pelbagai menu menarik di 204 cawangan miliknya, OLDTOWN White Coffee memperkenalkan set menu baru!

Sebanyak 7 set menu baru diperkenalkan untuk set MyBreakfast (sehingga jam 11 pagi) yang boleh korang cuba. Setiap satu set berharga RM7.90* bersih disertakan bersama satu daripada 6 pilihan minuman (A La Carte berharga RM6.90* bersih).

Ini antara 7 set menu baru MyBreakfast yang korang boleh cuba:-

  1. Chicken Bites Rice Bowl
  2. Rendang Chicken Rice Bowl
  3. Chicken Porridge Bowl
  4. Chicken Bites Meehoon Bowl
  5. Rendang Chicken Meehoon Bowl
  6. OLDTOWN Sunrise Burger
  7. Chicken Bites Basket

Selain MyBreakfastOLDTOWN White Coffee juga memperkenalkan 11 set menu baru pada harga berpatutan dan mampu milik untuk set MyTea (3 – 6 petang) dan MySupper (10 malam – tutup). Kalau lapar pergi OLDTOWN White Coffee je!

Ini antara 11 set menu baru MyTea dan MySupper yang korang boleh cuba…

  1. Hor Fun Soup Bowl
  2. Spicy Tomato Chicken Meehoon Bowl
  3. Gravy Hor Fun Bowl
  4. BBQ Chicken Rice Bowl
  5. Spicy Tomato Chicken Rice Bowl
  6. Choctop Ice Cream on Paratha
  7. Chicken Bites Basket
  8. OLDTOWN Tuna Mayo Burger
  9. OLDTOWN Original Kaya Butter Burger
  10. OLDTOWN Pandan Kaya Butter Burger
  11. OLDTOWN Salted Egg Kaya Butter Burger

Korang juga boleh upgrade minuman dalam set MyBreakfast, MyTea dan MySupper kepada OLDTOWN White Coffee (panas/sejuk) dengan hanya menambah RM2!

Jamu selera di OLDTOWN White Coffee minimum RM10 & dapatkan Majalah BoBoiBoy serta Cube Box secara PERCUMA!

Tawaran baru yang diperkenalkan OLDTOWN White Coffee ini bukan saja untuk orang dewasa, tapi untuk kanak-kanak dan adik-adik korang pun ada!


Jom bawa keluarga, adik dan anak korang makan di OLDTOWN White Coffee, order set MyBreakfast, MyTea atau MySupper dan tunjuk post Facebook OLDTOWN White Coffee macam yang admin share kat atas ni untuk dapatkan majalah BoBoiBoy secara PERCUMA!

Selain majalah BoBoiBoy, ada jugak 3D Cube Box BoBoiBoy yang boleh korang tebus di kaunter sekiranya berbelanja minimum RM10 (termasuk mana-mana set MyBreakfast, MyTea atau MySupper) dalam satu resit.

Tapi, ada Terma & Syarat untuk dapatkan 3D Cube Box BoBoiBoy tu secara percuma tau:

  • 3D Cube Box PERCUMA adalah terhad sementara stok masih ada
  • Tawaran ini hanya sah di kedai OLDTOWN White Coffee yang terpilih sahaja
  • Hanya 1 (SATU) penebusan bagi setiap resit
  • Item percuma tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang
  • Tidak sah digunakan bersama baucar lain ATAU diskaun ATAU semasa promosi.
  • Produk yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja, paparan sebenar mungkin berbeza daripada imej
  • Pihak pengurusan mempunyai hak untuk mengubah dan meminda sebarang syarat di atas dan penggunaan tanpa notis terlebih dahulu

Untuk pengetahuan korang, promosi barangan ekslusif BoBoiBoy di OLDTOWN White Coffee ini boleh didapati pada hari biasa dan hari minggu bermula 15 Julai hingga 14 November 2019.

Tunggu apa lagi? Jom ke OLDTOWN White Coffee dengan keluarga dan kawan-kawan untuk nikmati set baru MyBreakfast, MyTea dan MySupper ini dan bawa pulang barangan ekslusif dari BoBoiBoy!

Untuk maklumat lanjut tentang menu baru OLDTOWN White Coffee dan pelbagai lagi tawaran dari mereka, layari laman web OLDTOWN White Coffee dan follow akaun Facebook, Instagram dan Twitter mereka. Selamat menjamu selera!

*Harga mungkin berbeza untuk Sabah & Sarawak

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×