berita

Kolaborasi Kali Pertama Barbie & Hot Wheels Dengan Taman Tema, Hanya Di Lost World Of Tambun!

November 1st, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Dah bersedia nak merasai pengalaman percutian paling menakjubkan di taman tema semula jadi terbesar di Malaysia? Haa.. Sekaranglah masanya, daripada korang berhabisan duit merancang nak pergi taman tema luar negara, apa kata korang pakat ramai-ramai ke Lost World Of Tambun!

Lost World Of Tambun, kota keriangan seisi keluarga!

Orang cakap tak kenal, maka tak cinta, kalau selalunya korang tengok taman tema kat luar negara tu nampak menghiburkan, korang sebenarnya tak terokai lagi keseronokkan di Lost World Of Tambun. Bukan sekadar taman tema air semata-mata, Lost World Of Tambun ni ada pelbagai tarikan tidak terhad kepada kanak-kanak, malah orang dewasa pun mesti suka punya.

Lagilah nak dekat musim cuti persekolahan ni, kami dapat tau yang Lost World Of Tambun ada kejutan untuk korang. Macam menarik je!

Barbie & Hot Wheels Meriahkan Cuti Sekolah. Seronoknya!

Siapa je yang tak pernah ada kereta permainan Hot Wheels atau anak patung Barbie masa kecil dulu? Haa..ni la kejutan yang kami nak bagitau korang sempena cuti sekolah hujung tahun ni. Buat pertama kalinya, Hot Wheels dan Barbie akan mengadakan event istimewa di Lost World Of Tambun tau!

Kolaborasi istimewa Hot Wheels & Barbie bersama Lost World Of Tambun ni akan berlangsung mulai 23 November sehingga 31 Disember 2019!

Jom berparti dengan Barbie…

Korang suka Barbie atau ada anak perempuan yang suka karakter ni? Sekarang la masanya untuk korang berhibur dengan Barbie sebab ada pelbagai menarik untuk korang di Lost World Of Tambun nanti! Antara aktiviti yang menanti korang ialah Barbie Dream House, make over dan booth untuk bergambar, permainan Barbie dan banyak lagi!

Korang juga boleh enjoy Barbie Tea Party yang akan diadakan pada setiap hujung minggu dan Hari Natal bermula 30 November 2019. (2PM-4PM)

Saksikan perlumbaan epik Hot Wheels!

Tadi kami cakap ada Hot Wheels kan? Haa.. Bapak-bapak dengan kaum lelaki semua, korang tak yah tipu tak pernah ada kereta Hot Wheels masa kecil dulu. Kali ni, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri perlumbaan Hot Wheels race track di riverside Lost World of Tambun. Rasai sendiri pengalaman tengok kereta Hot Wheels berlumba secara dekat.

Ada lagi berita menarik untuk korang, dengan setiap pembelian 3 tiket masuk ke Lost World Of Tambun pula, korang berpeluang untuk mendapat cenderahati premium daripada Barbie atau Hot Wheels tau! Tak sabarnya nak enjoy dekat Lost World Of  Tambun!

Apa lagi yang menarik kat sini? Haa.. Jom terokai Lost World Of Tambun! #ChallengeAccepted

Meh kami nak bagitau korang, sebenarnya dekat Lost World Of Tambun ni ada lebih 64 tarikan dengan 10 taman tema seperti Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo dan juga ada lebih 100 jenis spesis haiwan tau!

Tapi ni merupakan 10 pilihan aktiviti, yang kami rasa rugi kalau korang tak cuba. Korang pasti rasa tercabar punyalah nak habiskan semua aktiviti kat sini!

1. Lihat labah-labah paling berbisa di dunia @Tarantulla Alley.

 

2. Saksikan keletetah comel si belang di Tiger Show @ Lost World Tiger Alley

3. Dekati haiwan comel @ Lost World Petting Zoo

4. Cabar diri dengan aktiviti Zipline @ Adventure Park.

5. Rasai ketakutan dengan Pirate Ship yang mampu membuat pusingan sehingga 180 darjah.

6. Meriahkan malam korang dengan pertunjukkan api di Lost World Of Tambun.

7. Dekatkan diri bersama alam dengan aktiviti glamping.

8. Rakamkan OOTD dengan sinaran lampu di Luminous Forest.

9. Tak perlu travel jauh Lost World Of Tambun pon ada Hot Spring la!

10. Satu seumpamanya kedai dalam gua hanya di Dulang Tea House

Tempah tiket Lost World Of Tambun korang sekarang!

Macam-macam aktivti kan korang boleh buat kat sini? Parents kat luar sana, dah tak payah pening-pening nak fikirkan tempat percutian untuk anak-anak cuti sekolah nanti. Tempah je tiket ke Lost World Of Tambun untuk keriangan maksima. Bukan anak-anak je suka, korang pun mesti enjoy sekali!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Lost World Of Tambun atau aktiviti apa yang korang boleh lakukan dekat sana, layari je laman web rasmi Lost World Of Tambun.

So, tunggu apa lagi? Dapatkan tiket dan jumpa korang dekat Lost World Of Tambun nanti!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×