
Sedangkan perempuan pun mengagumi kecantikannya, inikan pula kaum lelaki. Memang terpana melihat ciptaan Allah SWT yang seorang ni.
Ha.. tapi, apa yang kelakarnya, sekarang ni sedang hangat tersebar foto-foto Hanis dengan secret admirernya yang menggunakan nama ‘Amran’. Macam obses pun ada.
Mula-mula lihat foto-foto yang dimuat naik ini, memang kami tergelak sakan lah. Punyalah rajin nak diedit gambar Hanis dengan wajah ‘Amran’. Malah, caption yang diberikan di setiap foto-foto tersebut juga memang menggeletek hati kami.
Amboi mentang mentang lah kulit Amran gelap , macam kek coklat die kemam ye . Huhu buat macam tido jelah yang Amran mampu . Nanti kalau Amran bangun die tak nak gigit lagi pulak . Huhu jenis pompuan macam ni Amran faham sangat die memang malu luahkan prasaan sayang die tu dalam keadaan dua dua bertentang mata . pura pura benci sebenarnya suka . Huhu.
Bagaimanapun, selain daripada Hanis ada juga beberapa selebriti wanita yang turut diedit gambarnya. Antaranya ialah Erra fazira dan Siti Saleha.
Bagi kami foto-foto ini mungkin di edit untuk suka-suka sahaja. Rasanya ianya tak jadi masalah selagi tidak memburukkan nama seseorang selebriti itu. Nah, ini kami sempat kumpulkan beberapa foto ‘Amran’ dan Hanis.