berita

Koleksi Terbaru Mickey Go Local Keluaran Thermos Ni Sure Buat Korang Terpikat. Comel Wei!

November 19th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Siapa je tak tahu bila sebut Thermos. Jenama ini memang terkenal dengan produk perkakasan kedap udara dan haba. Kadang tu, yang bukan Thermos pun kita panggil Thermos sebab dah significant sangat.

Thermos ada banyak rekaan dan design menarik. Terbaru, mereka berkolaborasi dengan watak kartun terkenal  untuk koleksi terbaru mereka. Watak kartun yang mana tu?

Thermos & Mickey Mouse, tampil dengan design terbaru gaya Malaysia.

Sejak tahun 1904, Thermos dah jadi pengeluar terkemuka dunia dalam membangunkan produk terisolasi vakum yang inovatif. Thermos dapat sambutan ramai kerana pengguna boleh makan dan minum dengan lebih selesa!

Thermos menggunakan teknologi isolasi vakum untuk mencipta ruang tanpa udara antara dua lapisan dalam produk mereka. Fungsinya supaya suhu tak berubah, boleh panas atau sejuk sampai petang wei!

Khas buat peminat Thermos dan Mickey Mouse! Kini, Thermos berkolaborasi dengan Disney untuk tampilkan EMPAT design baru yang berbeza. Dengan tema ‘Mickey Go Local’, rekaan kali ni lebih kepada gaya orang Malaysia. Paling syok, ada waranti 5 tahun. Ini 4 design yang korang tak boleh lepaskan!

1. Corak rekaan TV old-school yang menggamit memori.

Korang ingat tak? TV dulu kalau dah tamat siaran, keluar belang warna-warni tu. Bila tengok rekaan bekas Thermos dengan gambar Mickey Mouse macam siaran TV ni, nostalgia dibuatnya.

Keluaran Thermos kali ni lebih stylo. Sesuai untuk korang yang suka bergaya. Letak kat drink holder dalam kereta pun muat. Lagi best, ia sangat ringan dan selesa dipegang.

Kalau korang selalu bawak beg sandang bila berjalan, Thermos ni pilihan tepat. Rekaan yang sleek dan handy, ianya mudah dimasukkan dalam mana-mana poket pada beg. Selesa dibawa ke mana-mana.

2. Rekaan dengan slang Malaysia? Wahh!

“Serius kau yang buat? Terrer gila!”

Pernah cakap macam tu tak? Maklum la orang Malaysia boleh bercakap dalam pelbagai bahasa, siap campur aduk semuanya sampai jadi slang Malaysia gitu. Selain ada gambar Mickey Mouse, rekaan dengan slang-slang tipikal orang Malaysia pun ada. Sangat unik!

Siri Thermos dengan Mickey JNL Ultra-Light ni direka khas untuk mengawal aliran cecair panas. Ia sangat ringan. Sesuai untuk korang yang nak simpan minuman yang panas. Macam ni boleh kekal hidrat satu hari la. Korang jugak boleh simpan minuman sejuk dalam ni. Syoknya minum air yang sentiasa sejuk!

3. Bekas makanan dengan corak laksa & satay.

Bekas makanan keluaran Thermos ni terbaik untuk isi makanan berkuah. Jangan takut tumpah sebab penutupnya adalah leak-proof. Takkan bocor punya la. Paling penting, dapat simpan makanan yang sentiasa hangat. Selain tu, makanan sejuk macam aiskrim pun boleh tahan jugak. Yummy!

Coraknya yang menampilkan makanan kegemaran Malaysia yang digabungkan dengan bentuk kepala Mickey Mouse, buatkan bekas ni nampak lebih comel!

4. Bekas air ala-ala gelas kedai mamak

Thermos jugak menampilkan bekas minuman dengan gambar tangan Mickey Mouse tengah pegang cawan. Comel! Siap ada pemegang yang selesa pulak tu. Macam ni, kat mana-mana pun boleh minum.

Korang pun boleh isi air kesukaan korang dalam bekas ni. Bila tengok, macam minum kat mamak pun ya. Bekas minuman Thermos ni jugak ada leak-proof. Senang nak bawak sewaktu travel.

Wah, semua design Thermos kali ni nampak menarik! Memang ngam dengan citarasa dan gaya orang Malaysia. Sesuai sangat dengan tema ‘Mickey Go Local‘.

Haa.. kalau korang dah terpikat dengan koleksi terbaru ThermosMickey Go Local‘, boleh usha dan dapatkan info lanjut di laman web Thermos di https://bit.ly/2WOpjIi ya.