Pelbagai ragam murid tahun satu dapat dilihat sepanjang minggu pertama sesi persekolahan bagi tahun 2023.

Mana taknya, ada yang menggenggam erat tangan ibu dan bapa agar tidak ditinggalkan malah tidak kurang ada yang riang dan gembira bertemu dengan kawan-kawan baharu.

Artikel berkaitan: ‘Runtuh Hati Daddy..’ – Bapa Terkejut Anak Jadi ‘Ronaldo’ Hari Pertama Sekolah

Berikut merupakan momen kelakar yang dikongsikan oleh ibu bapa di Tiktok mengenai anak mereka sepanjang minggu pertama sesi persekolahan.

Sebelum dan selepas

Menerusi video sebelum dan selepas, rata-rata pelajar tahun satu dilihat memakai seragam sekolah yang sangat kemas tatkala memulakan hari persekolahan mereka. Namun begitu, ibu bapa kelihatan sangat terkejut apabila anak mereka pulang dari sekolah.

Mana taknya, baju sekolah yang di ‘tuck in’ kemas sudah dikeluarkan daripada seluar dan ada juga yang membiarkan tudung mereka senget dan tertarik ke belakang.

Anak tudung jadi snow cap

@ainiyana69

firstDay sekolah . anok murid kito pah ko luar nyo pakai scarf 😂

♬ 原聲 – ABCandE – ABCandE

Bukan itu sahaja, ada juga yang memakai anak tudung mereka di luar.

Comel adik ni

https://www.tiktok.com/@abeyjaa30.5/video/7213194410652126491?_r=1&_t=8arKBK09TyD

Sumber: Tiktok