
Tindakan penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi memberi respon panas terhadap perkongsian seorang individu menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umie Aida Bangga Heliza Helmi Raih Trofi ABPBH 37 – ‘Perjuangan Harus Diteruskan, Biar Di Luar Sana Pertikai Keikhlasanmu’
Respon Heliza
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu secara seloroh meminta pendapat umum berkaitan apa yang perlu dilakukan sekiranya mempunyai wang simpanan sebanyak RM65.40.
Perkongsian itu kemudian menarik perhatian Heliza dan akhirnya memilih untuk meninggalkan komen pada hantaran itu
Upgrade solat.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai yang rata-ratanya menyatakan responnya itu tidak sesuai dengan soalan yang diberikan.
Menerusi tinjauan OhBulan!, aktres tersebut sudah pun memadam komen itu kerana ia menimbulkan spekulasi dan kecaman terhadap dirinya.
Sebelum ini, individu tersebut secara berseloroh bertanya sama ada wajar untuk merenovasi rumah atau menaik taraf kereta sekiranya hanya mempunyai RM65.40 dalam akaun bank.
Sumber: Threads