berita

Kompilasi Cover Lagu Dimatamu Mana Paling Best? Part Budak Tarik Itu Terbaik!

March 16th, 2018 | by Amat
Video Popular

Lagu baru Sufian Suhaimi yang berjudul Di Matamu memang merdu sehingga menjadi kegilaan artis dan netizen. Setiap baris lirik penuh makna hingga membuatkan ramai yang mengalir air mata ketika mendengar lagu tersebut. Selepas kontroversi putus tunang antara Sufian dan Elfira, rata-rata netizen berpendapat bahawa lagu itu seolah-olah ditujukan kepada bekas tunangnya.

Walaupun video klip rasmi lagu ini masih belum dilancarkan, tetapi sudah mempunyai peminat yang ramai cover lagu ini. Marilah kita dengar, cover mana yang paling power!

Ernie Zakri

https://www.instagram.com/p/Bf-0P4OFuJX/?taken-by=erniezakri

Pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL 32 ini turut berkongsi suara lunaknya mendendangkan lagu Suffian Suhaimi. Malah, dia juga memuji akan keindahan melodi lagu tersebut.

Daiyan Trisha

Siapa tidak kenal dengan penyanyi lagu Jatuh ini. Dia gemar memuat naik cover lagu di laman Instagram miliknya. Terbaru, nyanyian cover lagu Dimatamu mendapat pujian netizen.

Naim Daniel

https://www.instagram.com/p/Bf-0d7RHzNW/?taken-by=naimdanielx

Pelakon dan penyanyi baru, Naim Daniel, turut berkongsi cover Dimatamu yang semakin hangat di media sosial. Dia gemar berkongsi video nyanyiannya di Instagram dan mengakui lagu ini mempunyai emosi tersendiri.

Putera Annasae

Putera Annasae pernah menyertai Bintang Kecil 2017 dan ketika itu usianya baru 11 tahun. Tarikan nyaring part korus lagu ini mendapat pujian netizen hingga meremang bulu roma.

Syafiq Sulaiman

https://www.instagram.com/p/Bfxu1HKnYC8/?taken-by=syafiq_sulaiman97

Pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini pernah menjadi perhatian netizen setelah berkongsi video nyanyiannya di media sosial bersama 2 lagi rakan. Malah, dia gemar berkongsi video nyanyiannya yang lain di Instagram.

Fad, Achey & Daniel

https://www.youtube.com/watch?v=RcNVStMRO8M

Walaupun mereka dilihat sebagai pelawak tetapi mereka mempunyai bakat nyanyian yang baik dan video ini turut mendapat pujian netizen.

Amira Nasyrah

https://www.instagram.com/p/Bf8LLbvgU9E/?taken-by=amiranasyrah

Suara lunak gadis ini juga mendapat pujian netizen yang mengagumi nyanyian dan emosinya ketika menyanyi.

Rata-rata nyanyian lagu ini mendapat perhatian netizen untuk didengari berulang kali. Ramai antara peminat lagu ini tidak sabar menanti video klip rasmi dilancarkan.

SKIP THIS AD ×