
Komposer, penulis dan penyanyi terkenal, Adindo Amiro dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor pada Isnin malam.
Salam takziah

Berita pemergian Adinda atau nama lengkapnya Saidin Omar, 66, dimaklumkan oleh rakannya, Budiman Mohd Zohdi menerusi hantaran di Facebook.
Al Fatihah. Saidin Omar pulang ke Kampung Abadi, sekarang jenazah masih di Hospital Serdang (Sultan Idris Shah). Masih menunggu proses-proses seterusnya.
Ramai kawan-kawan turut berada di hospital. Sinaganaga Lan Benhussain, Saleeh Rahamad, Mohd Khair, Mutalib Uthman.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Gombak, namun butiran lanjut termasuk punca kematian masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Khabarnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak. Maklumat lanjut akan dimaklum.
Budiman turut berkongsi kenangan manis mereka apabila sempat bekerjasama dalam projek terakhir berjudul Korbankanlah, sebuah lagu sempena sambutan Aidiladha.
Sempat kolaborasi projek yang terakhir lagu Korbankanlah sempena Aidiladha.
Rahsia yang menjadi rahsia-Nya.
Antara karya yang dihasilkan Allahyarham adlah lagu Aduhai Seribu Kali Sayang yang dinyanyikan Allahyarham Saleem Iklim, Permaidani (Aris Ariwatan), Bukan Aku Tak Cinta (Iklim) dan banyak lagi.
Sumber: Facebook







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
