Bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru-baru ini.
Artikel berkaitan: ‘Maryam Dah Nak Ada Adik’ – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Isteri, Fizo Omar Terus Kunci Mulut
Indah khabar dari rupa
Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland. Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.
Bukan itu sahaja, Mawar turut menyatakan bahawa anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka. Mawar turut meletakkan tanda pagar ‘indah khabar dari rupa’ di posting berkenaan. Menerusi kapsyen dan tanda pagar tersebut, rata-rata netizen mendakwa Mawar merasakan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti bersama Fizo dan isterinya, Fazeera. Di samping itu, kapsyen Mawar seolah-olah memberi gambaran bahawa dia dan Maryam tidak boleh hidup berasingan walau apa jua keadaan.
Sosial media dan kehidupan sebenar
Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen ‘media sosial vs kehidupan realiti’. Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Sumber: Mawar Karim