berita

Kongsi Foto Berdua Dengan Zara Zya, Kapsyen Shuib Timbul Tanda Tanya, Netizen Suruh Kahwin Je

August 22nd, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, nama pelawak terkenal iaitu Shuib telah dikaitkan dengan pelakon cantik, Wan Sharmila. Malah, ramai dalam kalangan peminat bersetuju dan mendoakan agar Shuib dan Wan disatukan sebagai suami isteri.

Artikel Berkaitan: Digosipkan Bercinta Dengan Wan Sharmila, Ini Jawapan Shuib – ‘Suka Juga Tengok Dia Sebab Dia Pandai Bawa Diri’

Artikel Berkaitan: ‘Memang Juara Bab Jodohkan Orang’ – Zara Zya Nafi Sedang Menyulam Cinta Dengan Shuib

Namun perkongsian terbaru Shuib di Instagram sebentar tadi telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen.

‘Boleh tolong explain tak awak?’

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib memuat naik satu video dirinya bersama pelakon, Zara Zya. Dalam video tersebut, kelihatan Shuib dan Zara berada di sebuah restoran sambil tersenyum manis. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah latar belakang lagu video berkenaan yang berjudul ‘Buat Aku Tersenyum’ oleh Sheila On7 dan kapsyen ringkas yang ditulis pelawak berusia 37 tahun itu.

Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Ianya ditengah-tengah. Haa macam mana tu, boleh tolong explain tak awak, Zara Zya.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci maksud kapsyen tersebut namun ramai netizen beranggapan bahawa pasangan ini sedang dilamun cinta. Malah tidak kurang juga, ada di antara mereka menitipkan doa agar Shuib dan Zara Zya berjodoh.

Komen netizen

Sumber: Shuib

SKIP THIS AD ×