berita

Kongsi Foto Tak Bertudung, Elyana Akui Stress Dengan Komen Netizen – ‘I Betul-Betul Give Up’

August 8th, 2022 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Nama penyanyi Elyana menjadi perbualan hangat apabila dia memuat naik sekeping foto tanpa memakai tudung. Tindakan Elyana mengejutkan ramai pihak kerana pelakon drama Dunia Baru itu sebelum ini telah bertudung sepenuhnya.

Artikel berkaitan : Muat Naik Foto Kembali Tidak Bertudung, Elyana Tutup Ruangan Komen Di IG

Tertekan dengan netizen

Menurut pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal, dia meluahkan rasa tertekan dengan tindakan sesetengah warganet yang mempersoalkan tindakannya tidak menutup aurat baru-baru ini.

Betul, sayta tertekan kerana netizen. I give up, betul-betul give up.

Dalam pada itu, pelantun Kalis Rindu pernah meluahkan rasa bengang dengan sikap netizen yang menuduhnya sengaja menagih simpati dengan menjaja kisah penderitaanya.

Berang dengan tuduhan berkenaan, Elyana mengatakan bahawa dia ingin bersemuka dengan individu terbabit.

Niat nak bagi nasihat tapi biadap. Mungkin dulu saya tak suka menjawab tapi tak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×