berita

Kongsi Gambar Pakai Sut Pengantin Lelaki, Afgan Menikah?

July 6th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: afgan_

Penyanyi tekenal Indonesia, Afgan membuat netizen tertanya-tanya kerana memuat naik gambar seperti pengantin. Dalam kemas kini terbarunya di Instagram, penyanyi solo kacak itu dilihat memakai sut mirip pengantin lelaki pada majlis perkahwinan.

Afgan mula hidup baru?

Foto: afgan_

Pada Selasa, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza telah memuat naik beberapa keping foto dirinya di laman IG. Lebih mengejutkan, Afgan memuat naik beberapa keping gambar dengan pakaian biasa yang dipakai oleh pengantin lelaki. Dengan sut hitam dan bertali leher, penyanyi ‘Panah Asmara’ itu kelihatan sangat memukau.

Dengan memuat naik tiga foto dengan jarak kira-kira lima jam antara satu sama lain, penyanyi itu menyertakan kapsyen unik. Dalam foto pertama dia menulis “Chapter 1” yang bermaksud Bab 1 atau permulaan cerita. Dalam foto kedua, Afgan menulis “embracing this new journey” yang bermaksud “memulakan perjalanan baru.”

Embracing this new journey. 

Akhirnya, sahabat rapat Rossa ini juga menulis “I told you that I made the best call?” yang bermaksud “adakah anda tahu saya membuat pilihan yang terbaik?” dalam foto dengan seorang wanita yang wajahnya tidak didedahkan. Kapsyen dengan nada memulakan hidup baharu ini semakin membuatkan netizen tertanya-tanya.

Walaupun tidak diketahui secara pasti tujuan gambar-gambar terbaru ini, ratusan peminat malah rakan artis turut memberi komen ucapan tahniah kepada Afgan.

Sumber: afgan_

SKIP THIS AD ×