Sebelum ini, angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pernah berkongsi berita gembira bakal menerima sepasang kembar buat kali kedua tidak lama lagi. Isteri kepada angkasawan negara iaitu Datin Dr Halina kini sedang hamil 22 minggu. Dia meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan sepasang kembar berlainan jantina.
Sepasang laki perempuan
https://www.instagram.com/p/CEEGm7IHto0/
Terbaru, menerusi perkongsian di entri Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor sekali lagi berkongsi perkembangan kehamilan isterinya. Pasangan ini bersyukur bakal dikurniakan sepasang kembar berlainan jantina lelaki dan perempuan. Dia juga mengharapkan doa pengikutnya buat Dr Halina yang kini hamil 22 minggu.
Syukur dengan khabar ini
https://www.instagram.com/p/CEEP_hdn1wD/
Sementara itu, Dr Halina juga berkongsi khabar gembira yang sama di laman Instagram. Dia turut berkongsi perkembangan mengenai kehamilannya dimana anak kembar pertama seberat 485gram manakala anak kedua adalah 458gram. Anak pertama adalah lelaki dan anak kedua adalah perempuan.
Pasangan ini juga telah dikurniakan 4 orang cahaya mata dimana dua adalah perempuan dan satu pasangan kembar lelaki. Anak-anak mereka adalah Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina