berita

Kongsi RM3 Dengan Kucing Jalanan, 5 Pengalaman Rakyat Malaysia Sukar Dilupakan Ini Buat Kami Insaf

August 16th, 2018 | by Azyanshor
Filem Antarabangsa

Korang pernah tak berada dalam situasi yang memang korang dah terdesak dan stuck tak tahu nak buat apa tiba-tiba ada orang tolong? Masa tu rasa macam korang memang dilindungi sangat-sangat dan rasa macam ada guardian angle gitu. Lepastu mesti bersyukur tak terhingga kan?

Tapi ada jugak yang tak pernah terkena situasi macam ni jadi diorang susah nak percaya yang adanya situasi di mana orang terdesak gila ni.

Kalau tak percaya, jom baca kisah-kisah di mana orang-orang ni percaya yang mereka dilindungi oleh-NYA!

“Accident masuk bawah treler, kereta hancur tapi tuan cuma luka di jari je”

My husband, excident motor dengan treler. Treler tu tak berhenti dekat traffic light walaupun dah kuning and my husband dah jalan dengan motor dia. Lepas tu accident, dia masuk bawah treler dan motor hancur. Semua orang ingat dia dah hancur bawah treler tapi rupanya dia luka dekat jari je. Alhamdulillah Allah panjangkan usia tapi lepas tu kena marah dekat balai 

– Intan Nadiah Kamal-

“Aku ada RM3 je weh, yang mana aku share dengan kucing jalanan sebab tak sampai hati, lepastu…”

Aku share rezeki dengan kucing jalanan walaupun dalam poket aku ade RM3 je tapi aku singgah jugak kedai. Beli wet food kucing yg RM1.50 dalam peket tu. Aku redho jela time tu. Duit memang tak ada, kosong, kering kontang sampai diri sendiri pun takde duit nak makan. Tapi lepas je aku kasi  kucing-kucing jalanan tu makan, tup tup rezeki masuk banyak weh! Sebab tu, aku tak pernah berkira dengan kucing, sebab aku tahu Allah akan tolong kita dalam masa kita susah. Allah hantar orang tolong aku weh! Ada orang belanja aku makan lah, sale aku naik! Ramai orang beli barang aku jual.

– Siti Nursyazwani-

“Tengah tunggu bas, hujan lebat, barang banyak gila, rasa nak nangis sebab penat sangat…”

Time belajar dekat UiTM masa 2006 macamtu, masa tu susah sangat. Berapa kerat jelah kawan yang ada kereta dan motor, nak mintak tolong pun kadang-kadang segan. Lepastu satu hari tu, pergi buat assignment luar, lepas tu ada lah beli barang sikit nak bawak balik bilik. Time tengah tunggu bas tu, dah malam tetiba hujan turun lebat gila. Bustop tu pulak takde bumbung.

Bayangkan lah nak bawak barang assignment lagi, barang baru beli lagi, beg belakang nak lari ke mana pun tak tahu. Rasa nak nangis je. Tengah jalan cari tempat teduh dengan barang asyik jatuh-jatuh tu, tiba-tiba ada kawan I call tanya dekat mana. Bila tahu diorang terus datang ambik. Masa tu rasa terharu dan bersyukur tak terhingga. Rasa macam ada guardian angel yang nampak kesusahan time tu.

-Nor Lyanna-

“Aku bangun je semua orang dah kerumun aku”

Masa tu aku tengah drive dekat Sabak bernam, tiba-tiba kereta depan aku berhenti mengejut. Aku pun elaklah, lepas tu aku tak ingat apa dah. Aku terjaga tengok semua benda dah hancur dan orang dah kerumun aku.  Syukur takde apa jadi kat aku.”

-Mohammad Saufi Yusof-

“Balik kerja lambat, time turun train ada orang ikut. Nasib baik lah..”

Time tu dah pukul 11 malam. Ada hal di office yang kene uruskan sebab tu balik lambat. Time turun train tu ada lah jugak orang lain tapi tak ramai yang jalan kaki balik sampai ke rumah. Masa jalan tu ada lah rasa macam orang ikut tapi ingatkan macam perasaan sendiri je. Tapi takut lah jugak, kepit beg kuat-kuat and ready nak lari je kalau kene apa-apa. Jalan time tu tak jejak tanah dah lah memang laju betul jalan. Tiba-tiba ada siren polis bunyi. Ah sudah, lagi lah takut kan? Polis tu turun dan tanya aku nak ke mana dan offer nak hantar balik.

Rupanya diorang dah nampak dari belakang yang memang ada orang ikut aku dari train! Ya Allah takutnya masa tu tak terkira, terus lemah lutut. Nasib baik ada orang tolong kalau tak, aku tak tahu lah apa jadi.

-Ahmad Zahri-

Musibah datang tanpa diduga tau! Jom saksikan bagaimana Denzel Washington jadi “guardian angel” dalam Equalizer 2!

Kalau korang tengok Equalizer yang pertama mesti korang tak sabar nak tengok yang second ni! Denzel Washington ni power gila kot! Cara dia berlawan tu fuh, kita yang tengok ni jadi teruja dan tak senang duduk. Macam mudah je dia berlawan tu.

Equalizer 2 ni yang akan ditayangkan pada 30 Ogos 2018 ni mengisahkan mengenai Robert McCall (Denzel Washington) yang merupakan bekas ejen CIA bekerja sebagai promoter dah bertukar kerja menjadi Lyft Driver! Ha time tu lah macam-macam benda jadi. Lepas tu, ada orang bunuh pulak kawan baik dia.

Umpama kejutkan harimau yang tengah tidurlah kan? Korang kena saksikan bagaimana Denzel Washington memburu ke semua penjahat tu. Cara dia bunuh orang pun lain-lain tau! Korang mesti tak pernah terfikir pun yang benda tu boleh dibuat!

So apa lagi guys! Mark your date! Jangan lupa ajak kawan-kawan korang tengok movie ni! Nak lagi feeling, ha tengok trailer kat bawah ni!

The following two tabs change content below.

Azyanshor

“Life is too short to spend it with people who annoy you.” -Mr.Forman Instagram:@azyanshor

Most Read Today