berita

Kongsi Swafoto Bersama Gigi Hadid, Farah Nabilah Curi Tumpuan Netizen

September 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Bakat lakonan yang dimiliki oleh pelakon jelita Farah Nabilah, memang tidak dapat dinafikan lagi sejak dirinya memasuki industri hiburan. Selain pandai membawa watak yang diberikan, pelakon ini juga mempunyai aura tersendiri yang mampu menarik para peminatnya.

Menerusi Instagram Farah, dia berkongsi beberapa foto dirinya yang kini berada di New York, bersempena satu acara yang melibatkan sebuah barangan kosmetik berjenama. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan netizen adalah fotonya bersama seorang supermodel terkenal dunia iaitu Gigi Hadid. Wow!

Just chillin with Gigi

Menurut Farah, mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama ketika acara tersebut berlangsung dan dia sangat kagum dengan sifat yang ada pada diri Gigi. Gigi Hadid merupakan ikon fesyen terkenal di dunia dan sangat disukai ramai. Dia juga merupakan model di pentas peragaan terbesar seperti New York Fashion Week dan Victoria Secret. Selain itu, Gigi merupakan bekas kekasih penyanyi terkenal iaitu Zayn Malik.

Memang tidak dinafikan, Farah merupakan selebriti yang bertuah bertemu dengan ikon tersebut. Ternyata perjumpaan mereka berdua membuatkan rakan artis dan netizen membanjiri ruangan komen pelakon itu.

Tolong kirim salam

Rata-rata netizen teruja melihat foto yang dikongsikan Farah bersama Gigi Hadid. Mereka turut menyuruh pelakon tersebut menyampaikan salam buat ikon fesyen tersebut.

Sumber: Farah Nabilah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×