berita

Kongsi Video Anak Gigit Tangan Sampai Lebam, Netizen Tegur Jangan Terlampau Manjakan Anak

November 21st, 2021 | by Iman
Kini Trending

‘Anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya’ ungkapan ini membawa maksud di mana anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa bahkan tidak dapat membezakan antara baik dan buruk jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan keperibadian mereka.

Gigit sampai berbekas

Menerusi video yang telah dimuat naik di TikTok oleh Akobrpro Ject, kelihatan seorang ibu sedang berusaha melepaskan tangannya yang sedang digigit anaknya. Ibunya turut mempersoalkan mengapa anaknya bertindak sedemikian sambil menjerit.

Ya Allah Lais, kenapa Lais ni

Wanita tersebut kelihatan seperti di dalam kesakitan akibat digigit anaknya sendiri namun masih mampu bersabar dan tidak memarahi anaknya di atas perbuatannya. Turut kedengaran satu suara lagi yang sedang merakam kejadian tersebut menyuruhnya berhenti dan memberi respon sambil ketawa.

Lais lais, aku tak tahu nak sedih ke suka.. mantul la dik

Di dalam video berkenaan turut kelihatan bekas kesan gigitan di tangan wanita tersebut selepas dia berjaya melepaskan gigitan anaknya itu. Walau bagaimanapun, bekas gigitan terbabit hanya meninggalkan kesan sementara dan tidak kekal.

Video yang berdurasi 31 saat itu meraih lebih 150 ribu tontonan dan mendapat lebih 5 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@akobproject #tiktokmalaysia #tiktokasian #ssr_crew ? original sound – Akobpro Ject

Jangan terlampau manjakan anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu yang tidak memarahi anaknya ketika digigit. Malah ada juga di antara yang menegur wanita itu untuk tidak menggalakkan anaknya berbuat demikian kerana risau kelak akan terbiasa.

Sumber: Akobpro Ject.

SKIP THIS AD ×