Ibu kepada penyanyi Ezra Kairo yaitu Datuk Zarinah berkongsi momen dimana dia bertemu dengan anak lelakinya itu di sebuah acara, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Pegang!’ – Ezra Kairo Tak Nak Disentuh Penari Wanita, Netizen Puji Pandai Jaga Batas

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ezra Kairo Mengaku Berkawan Dengan Ananda Natasha, Tidak Tolak Jika Dijodohkan Bersama – ‘Kadang-Kadang Saya Blushing Tengok Dia’

Momen ibu dengan anak

@zarinnah99? original sound – Ezra Kairo

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Zarinah dilihat menghampiri dan menyapa Ezra sebelum mengajak anak lelakinya itu bergambar. Walaupun Ezra melayan ibunya dengan baik, dia kelihatan sedikit tergesa-gesa kerana kesibukan jadualnya.

Lebih mencuit hati, penyanyi yang semakin meningkat popular itu sempat meminta ibunya pulang ke rumah sebelum tertawa kecil.

Dalam kapsyen video tersebut, Zarinah mengakui bahawa sebagai seorang ibu, dia berdepan kesukaran untuk meluangkan masa bersama anaknya yang kini sibuk dengan kerjaya seni.

Nak bergambar dengan anak sendiri pun susah, go home go home

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya turut terkejut selepas mengetahui ibu kandung Ezra merupakan seorang yang berstatus Datuk.

Dalam masa yang sama, ramai memuji hubungan baik antara ibu dan Ezra serta berharap pelantun lagu Alahai ini tetap meluangkan masa bersama ibunya walaupun sibuk dengan dunia hiburan.

Nampak muda mak Ezra

Disuruh maknya balik

Mak dengan anak ke? Macam kakak dengan adik je

Lah baru tahu Ezra ni anak Datuk Zarinah

Datuk Zarinah ni tauke katering

Ezra hormat mummy dia, bagus

Sumber: TikTok Datuk Zarinah