
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah video bersama seorang individu yang dikenali sebagai Hot Daddy.
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Jumpa Hot Daddy, Netizen Tanya – ‘Mereka Buat Apa?’
Group telegram & close friends

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina atau Anju dilihat sedang baring di atas bahu Hot Daddy, manakala lelaki itu memeluknya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen pada hantaran tersebut, apabila Anju mengajak pengikutnya untuk melanggan saluran Telegram yang dikendalikan olehnya.
Subscribe telegram saya, link ada di bio IG saya.
Namun begitu, aktres berusia 37 tahun itu tidak mendedahkan secara terperinci kandungan yang ditawarkan dalam saluran Telegram berkenaan.
Dalam pada itu, Anju turut membuka peluang kepada mana-mana pengikutnya yang berminat untuk menyertai kumpulan ‘close friends’ di Instagram dengan mengenakan bayaran sebanyak RM1,000.
Join close friend saya, RM1,000 request untuk join.
Terdahulu, Hot Daddy pernah dituduh pada tahun 2024 atas kesalahan mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X dan menjual rakaman video tidak bermoral.
Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
