Penyanyi, Zubir Khan berkongsi detik istimewa menjelang hari bahagianya apabila memuat naik video serta foto pra perkahwinan atau ‘pre-wedding’ bersama bakal isterinya, Heama Maleini.

Artikel Berkaitan: Zubir Khan Kongsi Foto Bersama Pilihan Hati, Kapsyen ‘Alhamdulillah One Step Closer’ Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zubir Khan Terkejut Dinobat Ikon Perpaduan, Akui Lagu Yennode Macha Membantu – ‘Tak Pernah Jangka Untuk Dapat’

Hitung hari

Menerusi perkongsian di Instagram, Zubir memberitahu mereka kini hanya menghitung beberapa hari sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Penyanyi itu turut meluahkan rasa teruja untuk berkongsi fasa baharu dalam kehidupannya selepas sekian lama tidak berkongsi perkembangan mengenai hubungan mereka kepada umum.

Akhirnya, rahsianya terbongkar. Pendedahan pra-perkahwinan kami telah tiba! Setelah sekian lama tidak berkongsi berita antara satu sama lain, kami sangat teruja untuk berkongsi bab indah ini dengan anda.

Tinggal beberapa hari lagi sehingga kami bergelar suami isteri. Doakan kami berjaya!.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian wargamaya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Sumber: Instagram