berita

Konon Anak Hilang, Ibu Tergamak Bunuh Anak 4 Tahun, Sumbat Dalam Tong Sampah Selepas Dengar ‘Nasihat’

August 26th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat, seorang wanita ditahan di atas tuduhan membunuh anak perempuannya sendiri. Krystal Lewandowski dituduh mengelar kerongkong kanak-kanak empat tahun itu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di belakang rumah.

Menurut laporan fox4news, polis menerima satu panggilan pada pagi Isnin berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak. Difahamkan panggilan tersebut dibuat oleh ibu mangsa sendiri menyebabkan polis bergegas ke tempat kejadian.

Mahu selamatkan anak

Ibu mangsa memberitahu polis, kali terakhir dia melihat kelibat anaknya adalah di halaman belakang rumahnya. Selepas beberapa pertanyaan lanjut, si ibu akhirnya mengaku, dia mendengar ‘arahan’ supaya mengelar kerongkong anak sehingga mati. Dia juga diminta membungkus mayat anak kemudian memasukkannya ke dalam tong sampah pada malam kejadian.

Saya dinasihatkan untuk mengelar lehernya.

Kemudian saya balut mayatnya dan saya letak dalam tong sampah.

Sejurus mendengar pengakuan tersebut, polis membuat pemeriksaan di kawasan rumah dan mendapati mayat berada di dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, dia memberi alasan melakukan perkara tersebut kerana mahu menyelamatkan anak daripada kejadian buruk.

Sempat sambut hari jadi anak

Tambah pihak polis, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan yang tinggal bersama suspek dibawa keluar dari rumah dan dijaga oleh Child Protective Services sementara kes dalam siasatan.

Menurut kenyataan ahli keluarga, suspek dikatakan mempunyai masalah sakit mental. Malah suspek baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang ke empat pada 13 Ogos lalu di rumah sama di mana mayat ditemui. Pada waktu itu, dia kelihatan ‘sihat’ sahaja.

Suspek juga dilaporkan mempunyai beberapa rekod berkaitan masalah sosial termasuk mencuri pada tahun 2006 hingga 2016. Namun tiada sebarang rekod jenayah dikenalpasti.

Sumber : CBSDFW , fox4news

SKIP THIS AD ×