berita

Konon Guna Ilmu Sihir & Rampas Suami Orang, Pelakon Wanita Tampil Buka Mulut

November 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai satu isu membabitkan seorang pelakon senior wanita yang didakwa telah menggunakan ilmu sihir dan memporak-perandakan rumah tangga orang lain. Susulan daripada isu itu, pelakon tersebut memaklumkan dirinya merupakan mangsa fitnah individu terbabit.

Dituduh guna ilmu sihir

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pelakon wanita berusia 47 tahun memaklumkan bahawa seorang pengguna Facebook telah memuatnaik satu status berbaur fitnah terhadap dirinya. Tambahnya lagi, individu terbabit telah mengaibkan dirinya dengan mendakwa dia cuba merampas seorang lelaki berstatus suami orang yang bekerja di syarikat minyak dan gas selain memperoleh pendapatan cecah ratusan ribu ringgit.

Lebih mengejutkan apabila individu itu turut melemparkan tuduhan bahawa pelakon tersebut cuba memporak-perandakan rumah tangga orang lain dengan menggunakan ilmu sihir.

Malah dia turut difitnah kononnya menggunakan ilmu sihir dan menghantar ke rumah pasangan itu bagi memporak perandakan rumah tangga mereka. Malah status itu turut mendapat 2,100 tanda suka dengan dikongsi 63 pengguna media sosial pada hari ia dimuat naik di FB.

Buat laporan polis

Ekoran daripada dakwaan tersebut, dia telah membuat laporan polis terhadap individu terbabit. Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian.

Polis sudah menerima laporan dibuat oleh pelakon terbabit dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, pihak polis juga sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang memuatnaik kenyataan berbaur fitnah tersebut. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×