berita

Konon Nak Bantu Rawat Kemurungan, Penceramah Muda Ditahan Disyaki Rogol Rakan

November 27th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Semalam, seorang penceramah agama bebas telah ditangkap oleh pihak polis. Tertuduh ditahan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kes rogol yang berlaku pada tahun lepas.

Telah ditangkap

Gambar sekadar hiasan

Lapor Malaysia Gazattesuspek yang merupakan penyanyi dan penceramah agama bebas ditangkap kerana disyaki merogol seorang wanita di Shah Alam pada tahun yang lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat suspek telah ditahan bagi memberi keterangan ekoran laporan polis yang dibuat mangsa.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan suspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik saspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

Suspek ketika itu membawa mangsa untuk makan di kawasan Batu 3, Shah Alam. Namun, sejurus makan bersama mangsa telah dibawa ke rumah suspek. Suspek ketika itu ‘kononya’ ingin memberikan penjelasan mengenai penyakit kemurungan.

Tidak terdaya melawan

Gambar sekadar hiasan

Mangsa telah dirogol oleh suspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut.

Sejurus kejadian itu, suspek ‘didakwa’ memberikan amaran keras kepada mangsa untuk merahsiakan perkara tersebut dan tidak membenarkan mangsa menceritakan kepada sesiapa. Walau bagaimanapun, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 23 September 2019 disebabkan tekanan perasaan dan kes tersebut telah dirujuk ke rawatan psikiatri.

Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.

Tambahan pula, pihak Hospital Temerloh turut menjelaskan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk dan trauma berikutan insiden hitam yang terjadi kepadanya.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Suspek juga akan direman bagi membantu siasatan pihak polis.

Sumber: Malaysia Gazatte

SKIP THIS AD ×