berita

Konon Nak Mencuri, Sekali Tersepit Pada Pintu Besi Tuan Rumah…

March 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah bertujuan untuk mencuri membawa padah apabila dia tersepit pada pintu rumah mangsa selama lima jam tanpa sempat melarikan apa-apa barangan.

Pencuri tersepit pintu

Pada awalnya, suspek yang berusia 30 tahun dari Indonesia itu bertindak memanjat pagar serta mencabut atap di sebuah rumah lain untuk mencuri. Tiba-tiba dia bertukar fikiran dan mahu memecah masuk rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumah pertama. Tanpa berfikir panjang, suspek mencungkil pintu besi seberat 10 kg itu sebelum menahannya dengan sebatang kayu.

Tetapi lain pula yang jadinya apabila suspek tersepit pada pintu besi selepas batang kayu yang ditahannya itu terjatuh. Suspek cuba menyelamatkan dirinya namun tidak berjaya.

Menurut Ketua Polis Labuhan Ruku, Asisten Komisioner Polis Fery Kusnadi, tuan rumah hanya menyedari kehadiran suspek pada keesokan harinya iaitu selepas bangun dari tidur. Suspek akhirnya diselamatkan oleh tuan rumah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Difahamkan, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×