berita

Konon Nak Minum Milo Ais, Rupanya Suami Surprise ‘Merak Kayangan’ Dalam Peti Sejuk

March 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Genap ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14, seorang wanita mendapat kejutan daripada suami tercinta. Pada mulanya wanita berkenaan ingin mengambil ais batu di dalam peti ais tetapi ternampak kotak cincin yang menjadi idaman para wanita.

Awal pagi suami minta buatkan milo ais

Menerusi ‘posting’ Anis Adrianies di Facebook, dia terkejut apabila menerima cincin emas ‘merak kayangan’ dan kek gambar mereka suami isteri serta jambangan coklat.

Sekali buka frzeeer nak ambil ais, eh eh ternampak bekas idaman setiap wanita lah….terkejut lah kiter weiii!

Pada mulanya, suaminya memintanya untuk membuatkan air milo ais dan dia terkejut melihat sebentuk cincin dalam bungkusan ais batu tersebut.

Buat-buat tanya saiz

Tambah Anis, dia tidak menyangka pertanyaan tentang saiz cincin oleh suaminya tempoh hari sebenarnya ‘petanda’ awal bakal menerima cincin emas sebenar!

Patut lah sebelum ni ada tanya pakai saiz apa jari manis jari hantu jari telunjuk.

Di ruangan komen, ramai mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada wanita ini. So suami korang dah buat surprise bagi emas belum?

Sumber : Anis Adrianies

SKIP THIS AD ×