berita

Konon Perlukan Wang Untuk Pulang Ke Kampung Di Pulau Tioman, Namun Bila Cuba Dibantu…

January 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada hari ini, ramai individu cuba untuk meraih perhatian orang awam dengan melakukan pelbagai taktik semata-mata untuk meraih ‘sumber pendapatan’ dengan mudah dan cepat. Sebagai seorang manusia biasa yang prihatin, sudah tentulah pertolongan akan dihulurkan kepada mereka ini meskipun tidak mengetahui jika individu tersebut benar-benar memerlukan atau sebaliknya.

Menerusi perkongsian Man Isaac di laman Facebooknya baru-baru ini, dia menceritakan semula pengalamannya ketika bertemu dengan seorang individu yang didakwa cuba mengambil kesempatan ke atas orang lain dengan taktik tersendiri di sebuah kawasan.

Niat nak tolong

Niat di hati nak menghalalkan cara. Namun bertukar curiga lalu terkeluar semua dusta! Pada pukul 11 pagi tadi depan NSK Kuchai Lama. Aku perasan ada satu pak cik ni, duduk di tepi jalan sambil urut dada. Beberapa pekerja NSK datang termasuk aku cuba untuk bantu khuatir dia sakit teruk dan kami bersiap sedia nak beri bantuan.

Dia ada mengadu dia cakap dia sakit dan dah 13 hari tak makan. Kebetulan ada peniaga nasi lemak di tepi NSK bungkuskan makanan untuk beliau. Tapi beliau tak nak. Aduhai, rezeki makanan tak nak pula. Tak lama lepas tu dia cakap dia ok dah. Dia cakap nak cari kerja, dapat 2 hari kerja dan ada sedikit duit untuk balik ke rumahnya di Pulau Tioman sudah memadai.

Aku offer dia cakap nak hantar ke TBS. Di sana aku akan belikan tiket bas ke Mersing nanti aku bagi lagi duit untuk beliau beli tiket feri ke Pulau Tioman. Tapi beliau cakap tak nak. Beliau cakap kalau dapat tolong bagi dia RM80. Nanti dia ambil bas Rapid pergi ke KL Sentral dan balik Pulau Tioman dari KL Sentral. Dari situ aku makin curiga.

Buat ‘drama’ yang serupa

Aku follow dia dari belakang. Lepas tu dia ulang balik ‘drama’ yang sama. Beberapa orang berbangsa Cina cuba nak tolong dan hulur duit. Aku makin tak sedap hati. Aku tegur dia dengan agak tegas dan aku ambil gambar dia.

Terus dia teriak-teriak dan sumpah seranah aku. Oh makin hebat game orang ni. Aku pun call Balai Polis Sri Petaling. Tak lama lepas tu unit peronda sampai. Nak jadikan cerita bila anggota polis periksa kad pengenalan dia, alamat beliau di Sungai Buloh. Malah dia spin cerita cakap aku pula menipu fitnah cakap dia minta-minta duit dekat orang.

Moral di sini kita sebagai masyarakat, ada ketika kita kasihan dan prihatin pada orang lain. Namun dalam usaha kita nak membantu, kita pula di sumpah seranah. Kamu kalau mahu duit dengan mudah. Jangan guna kesempatan atas kesempitan orang lain.

Semoga kalian di luar sana sama-sama membantu dan sedar pada siapa kita menolong dan dengan siapa kita berbuat baik. Jika kita rasa curiga dan pelik, terus laporkan pada pihak berwajib untuk tindakan.

Sumber: Facebook Man Isaac

SKIP THIS AD ×