berita

Konon Tegas Jadi Suami, Tak Buat Kerja Rumah, Netizen Pecah Perut Achey ‘Kantoikan’ Hairul Azreen Mop Lantai

February 8th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Beberapa hari lalu, Achey Bocey berkongsi satu video dia sedang mop lantai di rumahnya beserta kapsyen lucu yang menghiburkan ramai orang. Perkongsian tersebut turut mendapat respon pelakon, Hairul Azreen yang dilihat ‘bergurau’ menasihati Achey agar menjadi seorang suami perlu tegas dan jangan lakukan kerja rumah.

Namun lain pula jadi apabila isteri kepada pelakon Paskal itu memuat naik video di Insta Story menunjukkan Hairul juga sedang mop lantai. Kelakar pula rasa!

Mop lantai

Sejak video ini dikongsikan, Achey memberitahu menerima banyak tag dari para suami yang sedang melakukan kerja rumah seperti mop lantai. Namun paling menarik perhatiannya adalah video dari Hairul Azreen yang dimuat naik oleh isterinya, Hanis Zalikha memandangkan komen yang ditinggalkan Hairul sebelum ini.

Video berdurasi seminit itu berjaya menghiburkan ramai orang selepas Achey dilihat sengaja ‘mengantoikan’ Hairul Azreen yang kononnya tegas menjadi suami. Di akhir video ini, kedengaran suara isterinya memanggil Achey.

Kantoi mop lantai

Dia punya komen fuhh, memang dahsyat! Korang tengoklah sendiri. Apa yang berlaku hari ini, korang tengok sendiri.

Dalam video ‘kantoi’ ini, Hanis dilihat meminta agar Achey melihat Hairul yang sedang mop lantai. Selepas tersedar video tersebut dirakam, Hairul terus berlakon meletakkan batang mop dan menyuruh Hanis mengemas rumah. Paling menghiburkan adalah apabila Hairul meminta Hanis tidak berkongsi video tersebut. Aduh lucu betul mereka ini.

Sumber : Achey

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×