Mungkin berita ini merupakan khabar gembira yang sangat dinanti-nantikan khususnya buat semua peminat band terkenal dunia, Coldplay.
Artikel Berkaitan: Demi Konsert Coldplay, Pemuda Sanggup Jual Peti Sejuk & Telefon Bimbit Nak Beli Tiket Paling Mahal
Mungkin ditambah sehari lagi
Memetik laporan BuletinTV3, penganjur kepada konsert band rock itu dikatakan tidak menolak kemungkinan untuk menambah sehari lagi konsert mereka ekoran adanya permintaan yang tinggi daripada peminat.
Namun begitu, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia Para Rajagopal mengakui bahawa banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya pihak mereka mahu menunaikan perminataan orang ramai itu.
Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi.
Para berkata demikian selepas terdapatnya petisyen dalam talian dibuat peminat agar konsert ditambah ke hari kedua selepas kumpulan rock British terbabit mengumumkan bakal mengadakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.
Dalam pada itu, Para menyarankan agar peminat untuk sentiasa peka dengan melihat pengumuman terbaru di saluran-saluran yang disediakan oleh penganjur.
Menurutnya, lebih 700,000 berusaha membeli tiket pada 17 Mei lalu yang kemudiannya terjual habis dalam tempoh tiga jam sahaja.
Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.
Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual.
Sekadar info, Live Nation Malaysia merupakan penganjur bagi konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang bakal diadakan pada 22 November 2022 nanti.
Sumber: BuletinTV3