
Desas-desus mengenai pembatalan Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip akhirnya terjawab apabila penganjur, SAH Entertainment mengesahkan ia akan diteruskan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan.
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip & Bekas Isteri Tiada Persefahaman – ‘Kami Dah Cuba Tapi Mungkin Ini Yang Terbaik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri
Konsert diteruskan

Ketika ditemui OhBulan!, pengarah urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid memaklumkan perkara itu dengan mengatakan penjualan tiket juga diteruskan dengan harga baharu.
Konsert ini semestinya diteruskan. Sebagai pihak penganjur pembatalan adalah perkara yang paling nak elak.
Bagi saya ‘batal’ adalah satu nightmare. Kalau betul-betul tidak dapat diteruskan memang batal.
Tapi, konsert Hafiz insya-Allah akan diteruskan.
Kata Sufi, penurunan tiket juga dibuat kerana kemasukan penaja dan permintaan Hafiz yang cuba memberi kesenangan kepada para peminatnya.
Hafiz tanya satu soalan kepada saya iaitu minta turunkan harga tiket. Kami ambil masa selama tiga hingga empat hari untuk rancang. Perkara ini sejarah juga buat kami.
Kami buat keputusan turunkan harga dan mereka yang sudah beli sudah dapat pemulangan sebahagian bayaran (partial refund).
Sebelum umumkan harga baharu, Hafiz memang risau bila penjualan tiket dihentikan selama tiga minggu.
Jujur cakap, penjualan tiket tidak begitu perlahan. Buat masa sekarang sudah terjual lebih 1,462 tiket.
Keadaan peminat

Sementara itu, Hafiz menjelaskan penurunan tiket itu dibuat kerana memikirkan tentang keadaan peminat ketika dia melakukan sesi soal jawab pada siaran langsung di TikTok sebelum ini.
Sebenarnya saya risau juga (dengan harga tiket asal) sebab ada peminat yang datang dari jauh.
Selama sebulan saya berfikir tentang perkara ini. Penginapan dan pengangkutan juga diambil kira.
Sebab itu saya berfikir dan terus beritahu pihak penganjur supaya fikirkan tentang sesuatu (cari penganjur).
Dalam masa yang sama, Sufi turut mengumumkan dua artis undangan yang bakal membuat persembahan pada malam konsert iaitu Adira Suhaimi dan Umairah.
Sebelum ini, spekulasi konsert itu timbul berikutan kegalalan peminat untuk membeli tiket daripada platform jualan dalam talian, termasuk sebahagian bayaran mereka dipulangkan.
Menerusi pengumuman hari ini, tiket berharga RM788 diturunkan kepada (RM588), RM588 (RM358), RM488 (RM288), RM388 (RM228), RM288 (RM188) dan RM188 (RM148).








