berita

Konsert ‘Drive In’ Curi Perhatian Ramai, Ariel Noah Tampil Unik Nyanyi Sambil Main Kasut Roda – ‘Malaysia Come On’

November 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi popular Indonesia, Ariel Noah, telah mencuri perhatian ramai sehinggakan menjadi topik utama di media sosial.

Konsert ‘drive in’

Ariel tampil dengan kelainan apabila berkasut roda sambil menyanyi ketika persembahan konsertnya di Danamon New Live Experience.

Demi memastikan keselamatan penonton, konsert itu diadakan secara ‘drive in’ iaitu peminat yang hadir perlu berada di dalam kenderaan masing-masing.

Menerusi rakaman video itu, penyanyi berumur 40 tahun itu lincah bermain kasut roda sambil menyanyikan lagu berjudul Topeng.

Pemilik nama Nazril Irham juga memeriahkan suasana dengan mengajak penonton membunyikan hon sebagai tanda sokongan beramai-ramai.

Selain Noah, Bunga Citra Lestari dan Tulus turut sama hadir memeriahkan konsert norma baharu.

Another level punya konsert

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariel (@arielnoah)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan idea unik yang dilakukan. Ada juga segelintir warganet yang memuji vokal Noah yang langsung tidak tercicir biar pun menyanyi sambil bermain kasut roda.

@khaisarahxx: Saya pula rasa semput tengok dia hahaha.

@elyshakamar: Betul another level konsert dia!!

@jeongkhyla: Kuatnya stamina padahal dah tua dia ni.

@fieynaazman: Malaysia come on?

Sumber: Instagram @arielnoah, Twitter @IniAlalalannn

SKIP THIS AD ×