Pada tahun ini bakal berlangsungnya sebuah konsert mega yang dikenali sebagai Konsert Gemilang 2012. Konsert ini akan menampilkan tiga nama besar dalam arena seni suara tempatan iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Seniman Negara, Datuk (Dr) Ahmad Nawab.
Konsert Gemilang ini bakal berlangsung di tiga buah lokasi berbeza iaitu di Kuantan, Singapura dan Kuala Lumpur. Konsert ini akan berlangsung sepanjang 29 September hingga 13 Oktober 2012.
Menerusi Konsert Gemilang, ketiga-tiga nama besar ini akan berkongsi segala nostalgia dan pengalaman yang telah mereka lalui sepanjang tempoh lebih 30 tahun begelar anak seni. Selain itu, mereka turut akan berkongsi segala lagu-lagu hits yang telah menjadikan mereka sebagai legenda industri musik tempatan.
Pada dasarnya, pembabitan Dato’ Khadijah dan Jamal Abdillah dalam kerjaya seni suara ini merupakan hasil bimbingan Datuk Ahmad Nawab, iaitu seorang komposer yang telah menggubah lebih 2000 lagu bermelodi indah sejak tahun 50-an.
Sepanjang Datuk Ahmad Nawab menceburi industri seni ini, beliau telah memegang trek rekod yang cukup cemerlang dalam menghasilkan artis rakaman terbaik negara terutama sekali, Dato’ Khadijah dan Jamal Abdillah.
Tiket untuk Konsert Gemilang boleh didapati di www.ticket2U.biz dan dijual pada harga berikut:
Kuantan: RM150, RM75, RM50
Kuala Lumpur: RM500 (seksyen VIP termasuk sesi Meet & Greet selepas konsert)
RM300 (depan) RM200 (pertengahan ) & RM100 (belakang)