Kumpulan nasyid, Rabbani berjaya memukau penonton menerusi konsert ‘Intifada Rabbani’ anjuran Universe Gateway yang berlangsung di Idea Live Arena Petaling Jaya, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Anak Ustaz Asri Rabbani Luah Rasa Rindu Selepas 16 Tahun Pemergian – ‘Lagu & Zikir Abi Jadi Peneman’

Artikel Berkaitan: Universe Gateway Tidak Akan Ulang Kesilapan Sama Di Konsert Intifada Rabbani – ‘Kami Tak Pernah Melarikan Diri’

Menggamit nostalgia

Dengan kehadiran hampir 5,000 orang penonton pelantun lagu ‘Intifada’ menyajikan konsert berdurasi selama dua jam dengan menggamit nostalgia pencinta lagu nasyid dari era 90-an.

Pembukaan konsert ‘Intifada Rabbani’ ini dimulakan dengan lagu berjudul ‘Assalammualaikum’, ‘Bila Nur Melimpah Di Hati’, dan ‘Cari Pasangan’.

Konsert ini turut dimeriahkan dengan penyanyi jemputan yang merupakan kumpulan nasyid Brothers, Yabang dan Aeydan.

Peminat yang hadir pada malam konsert istimewa itu turut terhibur dengan 19 buah lagu yang dimainkan.

  1. Assalamualaikum
  2. Bila Nur Melimpah Di Hati
  3. Cari Pasangan
  4. Anak Soleh
  5. Di Pondok Kecil
  6. Bintang
  7. Purnama
  8. Handzalah
  9. Satu Qiblat Yang Sama
  10. Berpaut Pada Sabdamu
  11. Apa Yang Kau Tahu
  12. Khalifah
  13. Pejalan Malam
  14. Syahadah
  15. Teman Sejati
  16. Untukmu Teman
  17. Pergi Tak Kembali
  18. Husul Khatimah
  19. Intifada

Penonton juga diajak bersama menyalakan cahaya telefon bimbit pada malam bersejarah itu sebagai simbol solidariti global sekali gus menjadikan konsert Intifada Rabbani bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebuah seruan untuk kedamaian.

Selain itu, antara segmen yang paling dinantikan adalah persembahan tribute khas untuk vokalis utama Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang membawa penonton menghayati himpunan lagu-lagu ikonik yang pernah menjadi kegemaran ramai.