berita

Konsert Pelangi Untukmu Dedah Kisah Peribadi Ning

October 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

DSC_0069

Pada bulan September yang lepas, peminat-peminat Ning Baizura yang teruja untuk ke Konsert Pelangi Untukmu terpaksa menangguhkan niat mereka akibat penundaan tarikh konsert tersebut.

Punca konsert yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 21 september 2013 itu ditangguhkan adalah kerana Ning sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baru untuk diperdengarkan kepada peminatnya.

Namun setelah orang ramai berteka-teki dengan tarikh baru konsert berkenaan, Ning akhirnya bersedia menghiburkan para peminat pada 16 November 2013 di TM Convention Centre.

Menariknya, penonton yang hadir bakal didedahkan dengan kisah peribadi perjalanan hidup Ning menerusi tiga peringkat kehidupan sejak menjadi penyanyi sehinggalah menjadi seorang ibu.

Untuk pengetahuan anda, pihak Konsert Pelangi Untukmu turut menganjurkan beberapa pertandingan yang disiarkan melalui sosial media seperti di Facebook Ning, Twitter dan Instagram.

DSC_0059

Pemenang peraduan itu berpeluang menikmati makan malam istimewa dengan penyanyi pujaan mereka dan memenangi tiket VIP ke konsert berkenaan.

Selain bakal membuat persembahan yang memukau, Ning juga dikatakan akan memperkenalkan album terbaru beliau yang mengandungi 3 buah lagu terkini.

Walaupun album tersebut hanya akan dilancarkan pada bulan Disember akan datang, namun peminat berpeluang memilikinya apabila membeli pakej tiket konsert yang bernilai RM150.

Kalau anda nak tahu, pakej itu mengandungi tempat duduk eksklusif, album terbaru Ning, sekeping poster yang ditandatangani oleh Ning dan juga edisi terhad booklet Ning Baizura.

Sementara itu, tiket-tiket biasa boleh didapati pada harga RM50 dan RM75 di laman web Ticket Charge atau talian hotline +60392228811.

SKIP THIS AD ×