Memenangi anugerah Best Male Artist di Anugerah Planet Muzik 2009, nama Afgan sudahpun dikenali baik di negara kelahirannya, Indonesia mahupun di Malaysia. Antara lagu dendangannya yang pernah menjadi siulan ialah ‘Terima Kasih Cinta’, ‘Sadis’ dan ‘Tanpa Batas Waktu’.
Terkini, Afgan yang baru sahaja selesai mengadakan showcase ‘Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan’ bersama Rossa dan Datuk Jamal Abdillah ini mengumumkan bahawa dia bakal membuat konsert pertamanya di Malaysia.
Poster rasmi konsert Afgan Live To Love
Konsert Afgan Live To Love yang dianjurkan oleh JAG Events ini akan berlangsung di Istana Budaya pada 28 Mac depan bermula jam 8.30 malam.
Bagi peminat yang sememangnya sudah lama menantikan konsert jejaka kacak ini, anda sudah boleh mula mendapatkan tiket bermula dengan harga RM150 sehingga RM550 di www.jagtickets.com. Sebelum itu, mari kita layan dulu video klip ‘Terima Kasih Cinta’.







![[VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Kemesraan Mawar Karim Bersama Dua Anak Fizo Omar & Fazeera – ‘Mulia Hatinya’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_3305.jpeg)
![[VIDEO] Shahida Penat Dengar Aliff Syukri Asyik Sebut ALF 1, Terus Beli Nombor Plat Cecah 1 Juta – ‘Nilai Pasaran Boleh Meningkat’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-shahida.jpg)