berita

Konsert Ungu Live Di Malaysia 2014 – Bakal Beraksi Malam Ini, Ungu Akui Pernah Rancang Berpecah

February 28th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

PC Konsert Ungu-8

Pastinya para peminat tegar kumpulan ini sudah tidak sabar lagi menantikan aksi mereka di Konsert UNGU LIVE Di Malaysia 2014 yang bakal berlangsung malam ini bukan?

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang anak muda terdiri daripada Pasha, Makki, Oncy, Rowman, dan Enda ini bakal beraksi di Star Stage, Kenanga Wholesale City (KWC) dan dijangka bakal menarik lebih 9,000 orang peminat setia mereka.

Artikel Berkaitan: UNGU Bakal Terbang Lagi Ke Malaysia

Kumpulan UNGU ketika ditemubual di sidang media sempat berkongsi kisah suka duka mereka selama bergelar anak seni di mana mereka pernah terfikir untuk membawa haluan masing-masing sekaligus membubarkan UNGU.


PC Konsert Ungu-14

Ungu pernah mengalami zaman kejatuhan sekitar tahun 2003-2004

“Terlintas untuk berpecah bila ada satu masa,  tenaga yang dikeluarkan itu adalah tidak setimpal dengan pulangan yang diterima. Namun rezeki setiap album itu berbeza ya. Cuma kalau album Demi Waktu pada masa itu tidak meletup, Ungu mungkin bubar.”

Menurut mereka lagi, faktor utama yang menyebabkan mereka pernah terfikir untuk membawa haluan masing-masing apabila karya yang terhasil pada masa itu agak kurang mendapat sambutan.

“Selain itu, pada tahun 2003-2004, Ungu juga mengalami perubahan dalam pengurusan di mana kami keluar daripda pengurusan yang lama dan mula untuk uruskan kumpulan sendiri. Sudah pasti, ada beberapa halangan kerana baru belajar dan tanggungjawab masing-masing pun semakin besar.

Namun, kekuatan kami adalah pada komitmen masing-masing, tujuan dan peraturan yang mengikat membuatkan kami bertahan selama 17 tahun kini”

Dalam pada itu, UNGU juga memberitahu bahawa mereka bakal melancarkan album terbaru mereka pada bulan Jun depan.

Album yang mengandungi 12 buah lagu ini dilihat berbeza daripada yang sebelumnya kerana beberapa komposer terkemuka juga bakal menyumbang hasil karya mereka dalam album tersebut. Apakata mari kita lihat lagi beberapa keping foto yang OHBULAN! sediakan khas untuk tatapan anda.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×