berita

Konsert Westlife The Wild Dreams Tour Dah Hampir Tiba, Kali Ini Sampai Dua Hari Tau!

February 21st, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: Instagram @westlife

Ada ke yang senasib dengan min terlepas nak beli tiket konsert Westlife pada 2019? Memang frust betul rasanya masa itu, sekelip mata je dah sold out. Cepat gila ya.

Tapi, kesedihan kita semua nampaknya bakal berakhir tahun ini sebab Westlife umumkan untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur menerusi Konsert Westlife The Wild Dreams Tour! Lagi best, kali ini mereka akan hiburkan peminat di Malaysia selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kembali bersatu demi peminat

Kredit foto: Instagram @westlife

Westlife yang dianggotai Shane Filan, Mark Feehily, Kian Egan dan Nicky Byrne itu mempunyai 33 buah album secara keseluruhan. Antara lagu-lagu popular mereka adalah Uptown Girl, My Love, Season in The Sun, Swear It Again, If I Let You Go dan banyak lagi.

Mula ditubuhkan pada 25 tahun yang lalu, kumpulan tersebut sempat berpecah pada 2012 sebelum membuat kejutan untuk kembali bersatu pada 2019.

Kredit foto: Instagram @westlife

Sebaik sahaja bergabung semula, Westlife telah melancarkan album Spectrum menampilkan single Hello My Love dan Better Man yang ditulis oleh Ed Sheeran dan Steve Mac.

Baru je buat comeback, Westlife terus dapat menduduki carta top muzik di beberapa negara tau. Malah lagu-lagu tersebut juga menjadi pilihan ramai untuk distrim di platform atas talian utama di seluruh dunia.

Selain itu, Westlife juga sempat terlibat di belakang tabir untuk menyiapkan pembikinan album Wild Dreams yang dirakam sewaktu pandemik. Album berkenaan memuatkan lagu-lagu  dengan unsur positif seperti Starlight, Alive dan My Hero untuk menaikkan semangat para pendengar ketika dunia sedang bergelut dengan pandemik.

Boleh sing along bersama Westlife sekuat hati!

Berbekalkan 25 tahun pengalaman dan 33 buah album, min gerenti Konsert Westlife The Wild Dreams Tour ini tak mungkin menghampakan peminat Westlife! Ada macam-macam lagu untuk sing along dan pastinya akan mengamit memori lama korang membesar bersama Westlife :)

Lagipun, kalau bukan sekarang bila lagi korang akan dapat tengok Westlife? Westlife tak akan datang tiap tahun ya.

Haa.. Jangan nanti bila tengok member-member korang upload story konsert Westlife, baru korang nak menyesal.

Jom dapatkan tiket korang sekarang!

Konsert Westlife The Wild Dreams Tour Live in Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Trumpet International selaku penganjur dengan kerjasama Altus ProHouse.

Tiket boleh didapati pada harga RM884 (VIP), RM794 (CAT 1), RM594 (CAT 2), RM494 (CAT 3), RM394 (CAT 4) atau RM294 (CAT 5)

Dah tak sabar ke itu? Jom buat pembelian tiket melalui laman web Excitix di SINI. Kena cepat tau sebab tiket dah tak banyak, kalau lambat memang terlepas lah jawabnya.

Jika korang perlukan keterangan lanjut dan maklumat terkini, korang boleh ke Facebook dan Instagram Trumpet International.

SKIP THIS AD ×