
Stesen radio di bawah naungan Media Prima Audio (MPA) dengan bangganya mengumumkan penjenamaan semula Kool 101 kepada Kool FM, menandakan era baharu penyiaran tempatan.
Artikel Berkaitan: Keanu Azman Pilih ‘Tinggal’ Dunia Radio, Enggan Promosi Artis Barat Pro-Isr**l – ‘Saya Tidak Mahu Jadi Hipokrit’
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’
‘Malaysia Dah Kool’

Melalui tagline “Malaysia Dah Kool,” saluran radio tempatan ini kembali dengan wajah dan semangat baharu. Pendengar kini boleh mengakses kepada siaran dengan lebih mudah.
Transformasi ini bukan hanya perubahan pada nama semata, tetapi satu langkah menyeluruh dalam memperkukuhkan identiti jenama. Ianya, melambangkan semangat rakyat yang bangga dengan jati diri moden Malaysia. Kini hadir sebagai suara yang menyatukan kehidupan rakyat.
Suara yang menghubungkan rakyat

Stesen radio ini beraspirasi menjadi suara yang menghubungkan rakyat Malaysia melalui kisah bermakna dan perbualan tulus, sambil mendekati pendengar.
Radio tempatan ini dikenali dengan tagline ‘Semasa, Sosial dan Muzik yang Familiar’, kini berevolusi baharu dengan pendekatan yang meraikan gaya hidup dan budaya moden Malaysia.
Platform siaran baharu ini juga sudah boleh didengari di Johor Bahru, Melaka dan Ipoh, sekali gus memperkukuhkan hubungan dengan pendengar melalui aktiviti luar dan siaran langsung.
Menurut Ketua Kandungan Kool FM, Ainul Farhana, perjalanan baharu ini menandakan langkah penting dalam penjenamaan yang lebih segar dan dekat dengan komuniti, selaras dengan tagline baharu yang meraikan gaya hidup yang dinamik dan berpandangan ke hadapan.
Perjalanan baharu Kool FM menandakan langkah penting dalam evolusi jenama dengan wajah dan semangat baharu untuk kekal.
Melalui identiti “Malaysia Dah Kool”, stesen ini meraikan semangat positif dan gaya hidup rakyat Malaysia yang moden dan progresif.
Kami yakin, perluasan siaran ke tiga kawasan baharu akan mendekatkan kami dengan lebih ramai pendengar.
Saluran baharu ini terus komited menyampaikan kandungan yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia, merangkumi isu semasa, gaya hidup, komuniti dan muzik yang menyatukan pendengar.
Kini, rangkaian ini boleh didengari melalui frekuensi radio di seluruh negara, serta penstriman langsung di http://www.koolfm.audio/ dan YouTube Kool FM TV.






