berita

Kopi Saksi Cinta Intan Najuwa & Datuk Ahmad Asraf Azman

August 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Datuk Ahmad Asraf Azman, kira-kira jam 6.45 petang, semalam.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000

Bukan sengaja nak rahsiakan

Sebelum ini pun, bukan sengaja saya nak rahsiakan atau beri kejutan, tetapi sebab saya ingat orang tua-tua kata hal merisik, hal bertunang diamkan dulu supaya tidak ada perkara tidak diingini berlaku di masa akan datang.

Menurut Intan, dalam hubungan kali ini dia memilih untuk senyap selagi perkara itu belum berlaku.

Alhamdulillah hari ini (semalam) dah sah suami isteri, kita beritahu semua.

Tambah Intan, selepas mengenali Ahmad Azraf dia tidak mahu bercinta lama-lama. Perasaan sebak juga dirasainya kerana akhirnya dapat bertemu seorang lelaki yang betul-betul boleh menjaganya.

Benda baik saya memang elok kita cepatkan. Alhamdlillah, lega dah. Rasa ‘nervous’ pun semua hilang. Sebenarnya, macam-macam saya lalui. Orang tidak nampak jatuh bangun saya. Sebab itu hari ini (semalam) saya sangat sebak bila akhirnya saya jumpa seorang lelaki yang betul-betul boleh jaga saya.

Ditanya mengenai detik pertemuan bersama suaminya, Intan berkata, pertama kali mereka berjumpa adalah pada penghujung 2021. Katanya, ketika itu dia sedang minum kopi bersama rakannya yang juga rakan kepada Asraf di sebuah kafe.

Detik pertemuan kami tidaklah begitu istimewa pun. Kami jumpa kerana kawan-kawan juga sebab kawan baik Asraf adalah kawan saya juga. Kita berjumpa, bertegur sapa dan tak sangka pula sampai sekarang ‘tersangkut’.

Akan terus aktif dalam bidang seni

Intan Najuwa

Disoal mengenai kerjaya selepas berkahwin, pelakon ‘Sempurna Mencintaimu’ ini berkata, dia akan terus aktif dalam bidang seni kerana suaminya tidak menghalang.

Soal kerjaya, sebelum kahwin atau selepas kahwin sama saja. Asraf tidak pernah menghalang saya bekerja atau lakukan apa-apa. Dia seorang yang sangat memahami dan menyokong.

Ujar Intan lagi, dia dan suami belum merancang sebarang percutian bulan madu memandangkan sebaik selesai majlis perkahwinan, mereka akan mula bekerja.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×