berita

Korang Banyak Duit Syiling? Ini Cara Mudah Untuk Tukar & Depositkan Ke Dalam Akaun Bank

December 4th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Korang banyak duit syiling? Tak tahu nak tukar duit tu dekat mana? Jangan risau, senang je sebenarnya. Korang tak perlu susah-susah kira sendiri duit syiling tu sebab sekarang ni korang boleh tukar je duit tu di mesin deposit syiling yang terdapat di bank-bank seluruh negara. Tetapi tak semua cawangan bank ada mesin ini tau.

Seorang pengguna Twitter, ManessQoo ada berkongsi cara mudah untuk menukar duit syiling menggunakan mesin deposit syiling. Apa yang lebih menariknya ialah duit syiling tersebut boleh terus di depositkan ke dalam akaun bank korang!

Kumpul duit syiling

Kira guna mesin deposit duit syiling

Mesin ini berfungsi untuk mengasingkan setiap duit syiling. Mesin ini hanya menerima syiling yang bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen iaitu duit syiling dari negara Malaysia sahaja dan bukannya dari negara lain.

Ikut arahan seperti yang diminta

Selepas itu korang perlu tekan butang A untuk mula. Kemudian, masukkan duit syiling tersebut pada bahagian bawah mesin. Mesin akan mengira keseluruhan jumlah duit syiling yang dimasukkan pada ketika itu.

Isi borang dan pergi ke kaunter

Seterusnya, korang juga perlu memeriksa pada bahagian bawah mesin tersebut kerana duit syiling yang tidak diterima atau di reject oleh mesin akan dimasukkan ke bahagian tersebut. Setelah selesai transaksi, korang perlu tekan butang B untuk mengeluarkan dua helai resit dimana sehelai untuk disimpan dan sehelai lagi perlu diberikan kepada pihak bank.

Akhir sekali, korang perlu isi borang dan serahkan di kaunter bank tersebut. Selamat mencuba!

Sumber: ManessQoo

SKIP THIS AD ×