berita

Korang Berpeluang Memenangi Hadiah Tiket Konsert K-Pop Live Dan Percutian Ke Korea!

July 26th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Sebelum ini kami di OHBULAN! ada menyiarkan sebuah artikel di mana netizen dikatakan terserempak dengan 4 selebriti Korea yang berlegar-legar sekitar KLCC siap diiringi pengawal peribadi. Korang dah dapat tahu ke siapa mereka?

Gimik untuk #TuneTalkgoesKrazy Challenge

Kalau korang nak tahu, sebenarnya 4 individu yang berlegar-legar di KLCC tersebut bukanlah selebriti Kpop sebenar seperti yang dihebahkan sebelum ni.

Berdasarkan sumber yang kami terima, mereka merupakan model wanita yang menyamar seakan-akan selebriti Kpop terkenal bagi menjayakan gimik untuk peraduan Kpop dance anjuran Tune Talk. Kreatif betul weh idea mereka ni!

Berpeluang tonton Konsert K-pop LIVE di Korea!

Menariknya, hadiah yang ditawarkan untuk peraduan #TuneTalkgoesKrazy Challenge ini sangatlah lumayan dan wajib direbut oleh semua peminat industri muzik Korea!

1 X Hadiah Utama – Percutian dan Tiket Konsert K-pop LIVE di Korea
2 X Hadiah Saguhati – Tiket Konsert K-Pop LIVE di Malaysia

Cara nak sertai peraduan…

Haa… korang mesti dah excited nak menang hadiah kan? Cara nak masuk contest ni senang je, yang penting kena pandai menari tau!

  1. Rakam video tarian Kpop korang bersama maksimum 5 orang kawan (pastikan ada elemen Malaysia dalam tarian korang tu tau)
  2. Muat naik video tersebut di Instagram beserta hashtag #TuneTalkgoesKrazy, #(NamaGrupAnda)
  3. Kemudian jangan lupa untuk tag instagram @tunetalk dan tag jugak kesemua instagram kawan korang tu
  4. Seterusnya korang wajib isi borang penyertaan dan make sure korang dapat emel pengesahan ya!
  5. Ajak seramai mungkin kawan-kawan, keluarga atau sesiapa sahaja untuk LIKE video tarian korang
  6. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah LIKE terkumpul yang paling banyak.

Ini masanya untuk korang buktikan bakat terpendam!

Korang jangan risau sebab peraduan ini akan bermula secara rasmi pada 13 Ogos 2019 sehingga 8 September 2019! So, sekarang ni korang dah boleh mula pilih lagu yang sesuai, sunting ikut kreativiti korang, dan paling penting rakam persembahan tarian korang tu.

Sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan terkini serta terma dan syarat peraduan, korang boleh layari laman sesawang Tune Talklaman sosial facebook Tune Talk atau laman sosial Instagram @tunetalk sekarang!

SKIP THIS AD ×