berita

Korang Boleh Cuba 4 Tips Mudah Ni Untuk Kurangkan Jeragat Degil!

July 29th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Alamak, tak cantiklah tengok berbintik-bintik hitam ni! Muka dah elok tak berjerawat dah tapi naik jeragat pulak. Macam mana ni?

Tak apa, harini Sis Katy nak ajar pula cara macam mana korang boleh kurangkan jeragat. Jangan risau, senang je! Antara malas dengan rajin je. Percayalah kalau korang ikut tips ni, jeragat dekat muka korang akan kurang!

Sebelum tu jom kita bincang jeragat ni apa. Jeragat ni dalam kategori adik jerawat jugak sebenarnya. Ada yang panggil hyperpigmentation, ada juga yang panggil freckles. Dia pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka. Terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi korang.

1. Wajib pakai sunscreen!!

Senang je nak elakkan muka kita dari naik jeragat. Cuma kena rajin pakai sunscreen dan reapply tau! Banyak kebaikan pakai sunscreen ni. Bukan setakat boleh elakkan muka dari naik jeragat, pori muka korang juga tak akan besar dan tak akan ada pigmentation dekat muka tau.

2. Pakai skincare yang ada brightening ingredients

Korang boleh tambah serum ataupun essence yang ada brightening ingredients dalam rutin penjagaan wajah korang. Contoh brightening ingredients macam vitamin C. Dia akan cerahkan muka dan juga elakkan muka korang dari naik jeragat!

3. Jangan lupa basic skincare!

Macam mana nak kurangkan jeragat, kalau basic skincare pun korang malas buat kan? So, pastikan korang amalkan langkah cleanser-moisturizer-sunscreen! Tiga tu paling penting kalau nak elakkan jeragat dari naik. Korang jugak kena tahu skincare apa yang sesuai dengan kulit muka korang!

4. Rajin exfoliate!

Selain dari serum dan essence yang ada brightening ingredients, korang boleh exfoliate guna AHA. AHA ni Alpha Hydroxy Acid, sejenis chemical exfoliator. Pastikan basic skincare korang kukuh dulu baru boleh guna ye. Takut nanti purging, makin teruk pulak muka korang. Exfoliate ni sesuai untuk hilangkan parut dan kulit muka kusam. Mulakan dengan peratus AHA rendah dulu. Agak-agak dah ngam, korang boleh upgrade ke peratusan AHA yang lebih tinggi.

Senang je kan nak kurangkan masalah jeragat korang tu? Dah! Sis dah penat nak bebel ni. Pastikan korang ikuti tips yang Sis kongsikan okay!

Paling penting, korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.