berita

Korang Dah Boleh Isi Minyak Guna Touch ‘n Go RFID Di Stesen Shell, Lagi Cepat & Mudah!

August 15th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Sekarang trend pembayaran tanpa tunai atau e-wallet semakin digemari. Ramai yang semakin biasa dan selesa dengannya. Lagipun, cara ni lebih efisien memandangkan ia lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa. Setuju!

Apa pendapat korang kalau tiba-tiba je Touch ‘n Go dan Shell Malaysia nak perkenalkan pengalaman tanpa tunai baru? Wah, mesti canggih punya ni! Korang mesti tak sabar nak cuba nanti. Tapi macam mana mereka buat? Haa.. Ini la dia!

Jom guna Touch ‘n Go RFID untuk isi minyak di Shell!

Surprise! Korang dah pernah dengar pasal ni? Sekarang Touch ‘n Go dan Shell Malaysia dah lancarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai baharu yang menggunakan teknologi Touch ‘n Go RFID. Canggih betul!

Korang boleh guna Touch ‘n Go RFID untuk isi minyak di 88 lokasi stesen minyak Shell seluruh negara. Jumlah stesen minyak Shell ni dijangka akan meningkat sebanyak dua kali ganda menjelang akhir tahun ni tau. Yay!

Kami amat berbesar hati kerana dapat meluaskan penggunaan RFID selain daripada pembayaran tol. Para pelanggan kini boleh membuat pembayaran di stesen minyak Shell tanpa perlu berinteraksi dengan sebarang aplikasi mudah alih, atau berinteraksi dengan sistem titik jualan kerana pembayaran dibuat melalui eDompet Touch ‘n Go yang dipautkan kepada Touch ‘n Go RFID pengguna.

Kami amat bernasib baik kerana telah menemui rakan kongsi seperti Shell, yang berfikiran sama seperti kami, dan berkongsi cita-cita yang sama untuk menyediakan pengalaman pemanduan tanpa tunai dan tanpa sentuhan kepada para pelanggan. Sejurus itu, ini akan membantu kami membuka jalan ke arah menyampaikan tawaran yang lebih inovatif untuk kedua-dua set pelanggan kami.

-Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group-

Cara Gunakan Touch ‘n Go RFID di Shell, cepat & mudah!

Sekarang korang mesti tertanya-tanya, macam mana nak gunakan Touch ‘n Go RFID di Shell? Kena buat apa? Haa.. Sebenarnya senang je guys. Korang boleh tengok langkah demi langkah kat bawah ni okay.

  • Mula-mula korang kena pautkan tag RFID Touch ‘n Go kepada akaun Touch ‘n Go eWallet korang.

  • Korang buat pendaftaran dan pengaktifan ni sekali je melalui Touch ‘n Go eWallet.

  • Selepas berjaya, korang dah boleh parking kenderaan dalam petak di stesen minyak Shell dengan ciri RFID.

  • Kenderaan korang akan dikesan sepantas beberapa saat dan pembayaran didebit automatik daripada Touch n’ Go eWallet. Lepas tu, dah boleh isi minyak!

  • Jumlah yang tak digunakan akan dikembalikan serta-merta ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet korang.

Nampak? Hanya perlu parking, isi minyak dan selesai. Macam ni korang tak perlu susah payah pergi ke kaunter atau mesin bayaran untuk isi minyak di Shell lagi. Mudah dan canggih!

Korang siap dapat ganjaran pulangan tunai pulak tu!

Paling best, bermula 10 Ogos hingga 16 September 2022, seramai 25,000 pelanggan pertama yang isi minyak di stesen Shell dengan Touch ‘n Go RFID akan dapat ganjaran menarik. Mungkin korang salah seorang darinya!

Hanya perlu pam minimum RM50 di Shell untuk transaksi Touch ‘n Go RFID pertama, lepas tu korang akan terima pulangan tunai sebanyak RM10. Tapi ganjaran ni untuk mereka yang pertama kali guna perkhidmatan ni tau. Take note tu!

Untuk info lebih lanjut tentang pengisian minyak dengan Touch ‘n Go RFID di Shell, korang boleh terus layari https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/rfid/rfid-petrol/ dan www.shell.com.my/rfid.

SKIP THIS AD ×