berita

Korang Dah Boleh Plan Awal Untuk Cuti Tahun 2023 Dengan AirAsia, Ada Promosi Istimewa!

November 1st, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Tiba-tiba je dah hujung tahun 2022. Cepatnya masa berlalu. Jadi, why not cuti tahun 2023 nanti korang pergi bercuti dengan keluarga atau geng travel korang. Orang kata, kena plan awal baru tak kelam-kabut!

Kami sebenarnya ada surprise untuk korang tau. Sekarang ni masa sesuai buat korang yang nak usha tempat bercuti menarik untuk pergi tahun depan. Nak tahu kenapa? Jeng jeng jeng..

Dapatkan tiket penerbangan lebih murah sempena cuti tahun 2023 dengan AirAsia!

Eh, kejap! Betul ke harga penerbangan AirAsia ni? Luar biasa betul. Ramai terkejut oi. Tak sangka rupanya AirAsia memang sedang buat promosi tiket penerbangan sempena cuti tahun 2023 nanti. Yay!

Paling best, promosi tiket penerbangan AirAsia kali ni ditawarkan sampai 6 November 2022 tau. Masih sempat guys. Korang buat la tempahan cepat-cepat dengan AirAsia sekarang. Sepantas kilat!

Waktu travel untuk tempahan tiket penerbangan AirAsia ni adalah bermula 1 Januari hingga 28 Oktober 2023. Boleh pakat la dengan keluarga dan geng travel korang. Pilih tarikh yang cantik untuk korang enjoy bersama!

Ini antara destinasi di dalam dan luar negara yang korang boleh pilih untuk cuti tahun 2023!

Dah pilih tarikh cantik ni. Tapi tak tahu la pulak nak pergi ke mana. Idea belum datang wei. Haa.. Tak payah pening-pening la. Korang tengok je senarai yang kami bagi kat bawah. Senang cerita!

Kalau penerbangan domestik, kami cadangkan korang pergi yang ni la.

  • Johor Bahru

Inilah ibu negeri Johor, Johor Bahru. Kedudukan hampir dengan Singapura menjadikan ia tumpuan pelancong. Paling famous di sini ialah Legoland dan Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Datang Johor kena try nasi ambeng!

  • Kuala Terengganu

Pecinta laut pasti sukakan Pulau Redang dan Pulau Kapas, pulau indah di sini. Dah sampai ke negeri Sang Penyu, jangan lupa cuba makanan seperti keropok lekor dan nasi dagang. Na na na na ganu kita!

  • Kota Bharu

Setibanya ke Kota Bharu siapa pun tak akan terlepas pandang gerbang yang menjadi mercu tanda bandar ni yang juga dipanggil sebagai Menara Rehal. Try nasi kerabu, sedap guys!

  • Langkawi

Daripada pelayaran sambil menyaksikan matahari terbenam ke island hopping, Langkawi sesuai bagi semua golongan. Boleh naik cable car atau ambil gambar di Dataran Lang. Tugu helang ni nampak gah!

  • Pulau Pinang

Pulau Pinang terkenal dengan jambatan Pulau Pinang, jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jom ke Bukit Bendera dan nikmati panorama hijau. Food hunting kat sini pun best!

  • Kuching

Sedia untuk merentasi Laut China Selatan dan menuju ke sebuah bandaraya terkenal dengan khazanah warisan budaya pelbagai etnik, Kuching. Seperti namanya, ada tugu haiwan comel kucing sebagai mercu tanda di bandar Kuching.

  • Kota Kinabalu

Suka sight seeing? Datang ke Kota Kinabalu. Lihat betapa indahnya Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. Shopping di Pasar Filipino, pelbagai jenis mutiara yang dijadikan kerongsang, rantai dan gelang dijual di sini.

Kalau penerbangan antarabangsa ke mana pulak? Banyak pengalaman kalau pergi negara orang tau. Jomlah ke sini!

  • Bangkok

Apa yang dibayangkan kalau bercakap tentang Bangkok? Spa yang bertaraf dunia? Tokong dan patung Buddha yang tua? Pasar terapung? Pusat-pusat membeli-belah yang hebat? Ya semua ni ada di Bangkok.

  • Phuket

Beach lover, nak bercuti ke pantai di luar negara, kena datang ke Phuket. Salah satu pulau yang amat terkenal di Phuket adalah Koh Phi Phi, salah satu tempat menarik di Phuket yang mesti dikujungi.

  • Yogyakarta

Yogyakarta terletak di tengah-tengah Pulau Jawa, Indonesia. Sebuah bandar yang menarik, kombinasi yang unik dari kuil purba, sejarah, tradisi, budaya, dan fenomena semulajadi membuatkan Yogyakarta berbaloi untuk dikunjungi.

  • Banda Aceh

Banda Aceh terkenal dengan peristiwa pahit pada Disember 2004, berlaku Tsunami Besar Aceh yang meragut lebih 260,000 ribu nyawa. Para pelancong yang datang sini pasti tersentuh jiwa melihat sisa-sisa tsunami.

Yang terbaru ni, ada penerbangan AirAsia X (AAX). Memang menarik semua destinasinya.

  • New Delhi

Sebagai ibu kota India, Delhi mempunyai sejarah yang menarik dan dicap di seluruh kota. Antara tempat menarik di sini ialah Makam Safdarjung, Makam Humayun, Kuil Teratai, Agrasen Ki Baoli dan Dilli Haat.

  • Seoul

Pecinta drama korea mesti teringin nak jejakkan kaki ke Seoul. Makan kimchi dan ke Pulau Jeju ala-ala winter sonata. Kat sini boleh jugak shopping barangan penjagaan kulit & kosmetik Korea yang jadi kegilaan di Malaysia sekarang.

  • Tokyo

Tokyo, ibukota yang paling sibuk di Jepun, adalah sebuah bandar urban gabungan ultramodern dan tradisional, dari pencakar langit neon-lit ke kuil-kuil bersejarah. Lihat la betapa tinggi Menara Tokyo tu. Fuh!

  • Auckland

Kota sebelah pelabuhan Auckland adalah metropolis sebenar di New Zealand dan pusat ekonomi negara yang meriah. Kalau korang nak cari tempat untuk ambil gambar panorama kota yang sempurna, pergi ke Auckland Sky Tower.

  • Taipei

Cakap pasal Taiwan, mesti korang terfikirkan Taipei kan? Kalau sukakan night market, boleh ke Shilin Night Market, pasar malam terbesar di Taipei. Seronok shopping di Taipie 101, bangunan ikonik menjulang tinggi di Taipei.

Em, banyak jugak pilihan destinasi ni ya. Apa kata cuti tahun 2023 nanti korang try la pergi tempat yang korang belum pernah pergi lagi sebelum ni. Baru la dapat pengalaman bercuti yang menyeronokkan!

Oh ya. Korang boleh tempah tiket penerbangan AirAsia dengan menggunakan airasia Super App. Lebih mudah wei!

Siapa je yang tak nak percutian tahun 2023 lebih mudah dan jimat? Semua orang pun nak. Tunggu apa lagi? Jom tempah tiket penerbangan dengan AirAsia sekarang. Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik sini ya.

SKIP THIS AD ×