berita

Korang Dah Layan Video “Mukbang” Zizan Razak? Terliur Weh! Ini Sebab Kenapa Korang Kena Tengok!

July 28th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Siapa kat sini peminat video mukbang? Setiap kali tengok tu rasa taknak skip, nikmat betul tengok mereka makan sesuatu makanan tu. 

Sama lah macam min, kadang-kadang terfikir juga, macam mana boleh tengok video tu sampai habis eh? Lagi-lagi video Zizan Razak tu. Rupanya ni sebabnya… Korang pun macam ni juga tak?

Nak cari idea nak makan apa

Siapa yang suka layan mukbang ni selalunya mesti sebab dah kering idea nak makan apa kan? Baik mengaku cepat! Haha…sama lah macam min. Bila ada video mukbang lalu dekat media sosial korang tu laju je nak tengok mereka makan.

Mana taknya, satu hari fikir menu nak makan apa. Last-last bila tengok orang lain makan, ha tiba-tiba muncul lah idea dan rasa rasa teringin nak makan benda tu juga. Betul tak?

Suka dengar bunyi ASMR

Bukan tu je, selalunya kalau tengok video macam ni adalah disebabkan bunyi ASMR tu. Yelah, ASMR ni kan dikenali sebagai autonomous sensory meridian response yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang dianggap menenangkan.

Jadi, bila layan video mukbang dan tengok mereka tengah menguyah makanan tu, mesti membuatkan korang rasa lagi syok dan rasa terliur kan? Tambah-tambah lagi kalau makanan tu crispy, krup krap bunyi rangup dia wehhh!

Ekspresi muka meyakinkan

Selain itu, ekspresi muka juga memainkan peranan penting bila tengok orang buat mukbang ni. Kadang-kadang, muka mereka tu nampak sangat meyakinkan dan akan buat korang terbayang rasa makanan yang sedap tu.

Cara makanan dihidang

Dari segi cara makanan yang mereka hidang pun agak menarik perhatian jugak! Susun-susun makanan tu dalam kuantiti yang banyak dengan pelbagai jenis menu, pehhh! Rasa macam teringin nak makan semua benda yang ada kat situ.

Lagi-lagi bila tengok menu makanan segera seperti McD tu, siap ada nugget, ayam goreng, burger dan macam-macam lagi yang mereka letak. Terliur habis…

Sama lah macam video Zizan Razak yang min cakap tadi…

Dalam banyak-banyak video mukbang, yang simple macam Zizan Razak buat ni pun nampak sedap jugak guys! Lagi-lagi bila dia makan ayam goreng McD. Fuhhh, ngam teruk! Korang dah tengok ke? Kalau belum boleh check it out dekat bawah ni dulu…

@zizanrazak869

Guys, korang kena try makan menu hack Ayam Goreng Spicy dengan sauce nugget korea dari Mekdi ni ? sedap betul boh! #mcdonaldsmalaysia

? original sound – zizanrazak869 – zizanrazak869

Memandangkan video ni pun dah viral, McD pun telah bawakan menu baharu K-Hack cara Zizan Razak iaitu Ayam Goreng McD dengan sos K-Manis dan Pedas untuk korang wehhh! 

Sama ada korang nak cicah ayam goreng tu dengan sos ataupun tuangkan sos tu dekat atas, semua boleh!

Korang pun boleh makan dengan menu lain juga tau! Antaranya…

Bukan dengan ayam goreng McD je, korang pun boleh makan sos K Manis dan Pedas ini dengan nasi lemak dan macam-macam lagi. Serious sedap! Tak percaya kena cuba dulu. Baru lah rasa nikmat bila makan macam tu…

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat serbu McDonald’s berhampiran korang atau membuat pesanan melalui Mc Delivery atau pandu lalu untuk menikmati menu baharu K-Hack Zizan Razak ni. Selamat menjamu selera!

SKIP THIS AD ×