
Setiap kali Merdeka dan Hari Malaysia, mesti kita rasa bangga dengan budaya kita yang pelbagai kan? Dari cara kita lepak, makan, sampai cara kita bergaya memang unik dan tak sama dengan orang lain.
Tahun ni, KFC betul-betul angkat keunikan tu ke satu tahap yang lebih gempak dengan Kepci Cara Kita, kempen yang bukan je sambut perpaduan rakyat Malaysia, tapi juga celebrate seni tempatan dengan penuh bangga!
KFC jadi galeri seni rakyat, 14 lokasi seluruh Malaysia dah bertukar wajah!

Sebagai simbol kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, KFC bergabung tenaga dengan artis tempatan seperti @katun_, @bingka.kl dan @nassuha_ untuk mengubah 14 cawangan KFC jadi macam galeri seni awam!
Setiap mural ada cerita tersendiri yang mewakili ‘cara kita’…cara kita makan, borak, celebrate, dan hidup. Semuanya ditonjolkan dalam warna-warni seni tempatan yang memang buat kita rasa connected.
Dari seni ke selera, KFC bawa pengalaman penuh jiwa & rasa!

Dalam pada kita kagum dengan seni mural dan semangat kempen ni, korang jangan lupa nikmati KFC Bucket Bersama tau!
Menu yang memang dicipta khas untuk dinikmati ramai-ramai. Lagi syok bila digandingkan dengan menu favourite rakyat Malaysia macam Cheezy Wedges, Cempedak Pie, Durian Egg Tart dan macam-macam lagi!
Ha…lepas dah kenyang, boleh lah sambung posing depan mural sambil makan. That’s the real cara kita!
Nak rasa suasana Merdeka paling unik tahun ni? Kena datang KFC cepat-cepat!
Jom rasai sendiri suasana KFC yang dah berubah jadi tempat seni. Singgah mana-mana 14 outlet yang terlibat dan alami sendiri mural-mural rare ni!
Jangan lupa kongsi momen korang di media sosial dengan tag @kfcmalaysia dan guna hashtag #KFCMalaysia dan #KFCCaraKita. Nak tahu lokasi penuh mural? Klik je https://kfc.com.my/kepcicarakita








