berita

‘Korang Dengan Falsafah Korang Boleh Pergi Mampus!’ – Nabila Huda

February 11th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Nabila Huda menerusi laman Instagram nya hari ini meluahkan rasa kecewa dengan netizen di media sosial. Malah, pelakon itu turut bengang apabila sering dikritik dan ditindas tanpa melihat sisi baik mereka.

Rakan industri ditindas

Oh memang nak kena tunjuk baik je semua? Baru lah di sayangi rakyat Malaysia?

Nabila Huda bengang apabila sering dikritik dan dipertikaikan setiap masa. Sebagai seorang artis, dia tidak sanggup melihat rakan-rakan lain turut ditindas dan dicaci setiap masa.

Yang dorang tahu cerita sampah kita

Yang dorang kisah cerita sampah tentang kita. Mereka tak kisah mengenai projek mereka. Mereka tidak mahu tahu keterujaan kita untuk filem seterusnya.

Pelakon itu meluahkan rasa kesal apabila pengorbanan mereka tidak dihargai. Dia turut akui dia cuma manusia biasa yang juga ada membuat silap.

Sampai bila nak tulis negatif pasal kami?

Sudahlah, sampai bila kita nak biarkan mereka menulis negatif pasal kita? Kita bukan teruk..Mereka buat kita nampak teruk!

Dia turut bengang dengan penulisan artikel mengenai mereka yang semuanya buruk. Nabila Huda minta hentikan menulis keburukan mengenai mereka.

Kenapa nak mintak maaf kepada satu Malaysia?

Kenapa nak minta maaf satu Malaysia? Kita semua manusia biasa. Kita memang akan buat salah. Sampai mati kita tetap akan minta maaf. Tak perlu minta maaf pada semua orang.

Nabila Huda turut pertikaikan mengenai isu minta maaf. Menurutnya, minta maaf pada keluarga lebih penting dari minta maaf pada rakyat Malaysia melainkan melibatkan orang lain.

Ramai sokong

Sumber : Nabila Huda

 

The following two tabs change content below.